Mudahnya nak baca al-Quran

Assalamualaikum dan selamat pagi! Salam Rabiul Awal, bulan kelahiran Nabi kita, Muhammad SAW. Nak share page yang boleh baca al-Quran setiap masa, guna telefon. Website: www.quranflash.com. Paparan guna platform Flash, cantik dan macam baca Quran yang sebenar. Website: www.searchtruth.com. Alternatif kepada QuranFlash. Boleh pilih terjemahan, dan juga transliterasi. Apps: Untuk Android, ambo guna Quran Android. Page dia adalah seperti mushaf …

Surah al-Hujurat ayat 6

Perbezaan Qiraat pada lafaz فتبينوا (Nafi’, Ibnu Kathir, Abu ‘Amru, Ibnu ‘Amir, ‘Asim, Abu Jaafar dan Yaakub) dari asal التبين dan فتثبتوا (Hamzah, Kisa’i dan Khalf al-‘Asyir) dari asal الثبت. Makna: Allah SWT memerintahkan kepada orang2 mukmin, sekiranya sampai kepada mereka berita dan pelbagai sumber, supaya tidak cepat mempercayainya. Bahkan wajib untuk berhati2 dan tunggu hingga dipastikan kebenaran berita tersebut. …

Kesan Perbezaan Qiraat; Satu ringkasan

KESAN QIRAAT KEPADA ILMU-ILMU ISLAM

Ada seorang saudara, whatsapp kepada ambo untuk dapatkan maklumat mengenai Qiraat. Kerana beliau sedang menyiapkan thesis beliau. Thesis ambo? Wait and see… Hehehe..

Point utama dalam posting ini adalah Perbezaan Wajah-wajah Qiraat akan beri kesan kepada ilmu-ilmu Islam seperti Feqah, Tafsir dan juga bahasa Arab. Setakat ini ambo ada memiliki beberapa kitab berkenaan perkara-perkara ini. Cuma kitab-kitab tu, ambo tinggal kat Kelate dulu lah. Tak dan lagi nak bawak ke Key El nih.

Antara contoh ambo boleh tulis di sini adalah (dari bacaan berkumpulan ambo dengan Muslimat Masjid al-Falah):

  1. Dari segi bahasa Arab
    Surah al-Furqan, ayat 17
    وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَقُولُ أَأَنتُمْ أَضْلَلْتُمْ عِبَادِي هَـٰؤُلَاءِ أَمْ هُمْ ضَلُّوا السَّبِيلَ
    Wajah qiraat: Ibnu Kathir, Abu Jaafar, Yaakub dan Hafs membaca dengan  (يَحْشُرُهُمْ) dengan ya’ – dhamir kepada عَلَىٰ رَبِّكَ pada ayat كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ وَعْدًا مَّسْئُولًا. Manakala baki Qurra’ – (نَحْشُرُهُمْ) iaitu dhamir Mutakallim sesuai dengan ayat 11 – وَأَعْتَدْنَا لِمَن كَذَّبَ بِالسَّاعَةِ سَعِيرًا.
  2. Dari segi tafsir
    Surah  al-Mukminun, ayat 8
    وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
    لِأَمَانَاتِهِمْ : Ibnu Kathir dengan membuang alif kedua – mufrad – menunjukkan jenis yang satu. Manakala baki Qurra’ – dengan kekalkan alif – jamak – menunjukkan jenis yang pelbagai.
    Makna: Surah al-Mukminun mengandungi khabar dengan kejayaan dan kemenangan orang-orang Mukmin yang terkumpul pada mereka sifat-sifat antaranya mereka memelihara barang yang diamanahkan kepada mereka tanpa menggunakannya, atau mencacatkannya samada antara mereka dengan Allah seperti solat, puasa, haji dan sebagainya. Atau antara mereka dengan manusia seperti harta benda, janji dan sebagainya.
  3. Dari segi Feqah:
    Berkenaan dengan qazaf pada ayat 6 surah an-Nur.

Keyword google: أثر القراءات في الفقه الإسلامي pdf

Adab Berdamping Dengan al-Quran #3

حدثنا قتيبة بن سعيد وأبو كامل الجحدري كلاهما عن أبي عوانة قال قتيبة حدثنا أبو عوانة عن قتادة عن أنس عن أبي موسى الأشعري قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مثل المؤمن الذي يقرأ القرآن مثل الأترجة ريحها طيب وطعمها طيب ومثل المؤمن الذي لا يقرأ القرآن مثل التمرة لا ريح لها وطعمها حلو ومثل المنافق الذي يقرأ القرآن مثل الريحانة ريحها طيب وطعمها مر ومثل المنافق الذي لا يقرأ القرآن كمثل الحنظلة ليس لها ريح وطعمها مر

Diceritakan oleh Qutaybah bin Sa’id dan Abu Kamil al-Juhdary, kedua-duanya dari Abi ‘Awanah. Qutaybah berkata: Abu ‘Awanah telah menceritakan dari Qatadah dari Anas dari Abu Musa Al-Asy’ari RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: (yang bermaksud): “Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Qur’an adalah seperti buah Utrujjah[1] yang baunya harum dan rasanya enak. Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an seperti buah kurma yang tidak berbau sedang rasanya enak dan manis. Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an adalah seperti raihanah yang baunya harum sedang rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an adalah seperti hanzhalah yang tidak berbau sedang rasanya pahit.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Kesimpulan:
1. Mukmin samada sejati atau munafik mempunyai taraf berbeza dalam pembacaan al-Quran. Orang mukmin yang membaca al-Quran, maqamnya di tahap tertinggi.
2. al-Quran yang akan berikan keistimewaan kepada setiap pembacanya.

Matan Hadis

[1] Utrujjah: Sejenis buah-buahan dalam kalangan Citrus jenis Citrus Medica

Adab Berdamping Dengan al-Quran #2

حدثنا قتيبة بن سعيد ومحمد بن عبيد الغبري جميعا عن أبي عوانة قال ابن عبيد حدثنا أبو عوانة عن قتادة عن زرارة بن أوفى عن سعد بن هشام عن عائشة قالت قال رسول الله صلى الله عليه وسلم الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجران

Diceritakan dari Qutaybah bin Sa’id dan Muhammad bin ‘Ubayd al-Ghiri, (kedua-duanya) dari Abi ‘Awanah, berkata Ibnu ‘Ubayd, diceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Qatadah dari Zirarah bin Awfa dari Sa’ad bin Hisham dari ‘Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang mahir membaca al-Quran akan bersama-sama dengan segolongan manusia yang mulia dan baik. Manakala orang yang membaca al-Quran, tetapi dia merangkak-rangkak (ketika membaca) dan dia merasa sukar membacanya, maka dia akan memperoleh dua ganjaran.

Kesimpulan:
1. Perlu istiqamah dalam membaca al-Quran.
2. Tidak semua orang terus mahir membaca al-Quran. Mereka juga merangkak-rangkak semasa belajar membaca. Yang penting usaha dan azam yang tinggi. Tidak boleh putus asa.

Matan Hadis

Adab Berdamping Dengan al-Quran #1

Kelebihan Membaca dan Para Pendamping al-Quran

Allah SWT berfirman:

إِنَّ ٱلَّذِينَ يَتۡلُونَ كِتَٰبَ ٱللَّهِ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَٰهُمۡ سِرّٗا وَعَلَانِيَةٗ يَرۡجُونَ تِجَٰرَةٗ لَّن تَبُورَ ○ لِيُوَفِّيَهُمۡ أُجُورَهُمۡ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضۡلِهِۦٓۚ إِنَّهُۥ غَفُورٞ شَكُور

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya). (Fatir: 29-30)

حدثنا حجاج بن منهال ، حدثنا شعبة ، أخبرني علقمة بن مرثد ، سمعت سعد بن عبيدة ، عن أبي عبد الرحمن ، عن عثمان بن عفان ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : خيركم من تعلم القرآن وعلمه .

Diriwayatkan dari Hajjaj bin Minhal, dari Syu’bah, dari ‘Alqamah bin Murthad, aku mendengar dari Sa’ad bin ‘Ubaydahm dari Abi Abdul Rahman, dari ‘Uthman bin ‘Affan, dari Nabi SAW, baginda SAW bersabda: “Sebaik-baik daripada kalangan adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” #takhrij hadis: Fadhāil al-Quran; Sahih al-Bukhari.

Matan Hadis