Makan roti canai tangan Melayu kat USJ

2024.05.04
Misi cari roti canai di kedai jual nasi berlauk

Alhamdulillah, dapat rezeki makan roti canai dari orang Malaysia kat USJ ni. Yang ambe tahu, ada satu lagi di Roti Canai Pak Lah USJ 1. Dulu selalu ke sana, tapi semenjak viral ni, tak sanggup dah nak beratur untuk beli 5 keping roti canai. Hahaha…

Roti canai lain kat sini, boleh dapat kat kedai mamak.

Ziarah pagi ambe, diiringi dengan hujan. Ingatkan en Anuar bukak sebelah gerai nasi dia, tapi dah hujan, bukak kat porch rumahnya sahaja.

Pagi ni juga, dapat jumpa hj Abas orang USJ 2. Terima kasih tn Haji Abas belanja. Kalau tahu hj nak belanja, saya order banyak.. Hahaha.

Seronok sambil tebar, tengok kehijauan alam dibasahi hujan.. hehe
shot time hujan.. tapi hujan rintikĀ² sahaja
Bersama hj Abas
Kuih-muih ni letak kat gerai jual nasi. Home made. Tiada siapa hantar. Sempat diorang buat. Hebat family ni.