Permohonan Bantuan Zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS)

PENDAHULUAN

Setiap orang, menjalani ujian masing-masing. Ada yang diuji dengan kekayaan dan ada yang diuji dengan sebaliknya. Islam hadir menjamin keadilan kepada setiap manusia. Yang kaya, wajib untuk kongsi kekayaan mereka dengan yang susah dengan kadar yang munasabah. Manakala yang susah, sentiasa bermotivasi untuk menjadi senang dan cukup serta berazam untuk membantu mereka yang lebih susah. Maka, dengan kehadiran zakat ini, dapatlah membantu meringankan beban mereka yang susah. Zakat untuk mengkayakan, tetapi untuk mencukupkan keperluan minimum seorang insan bergantung kepada kelayakan seseorang.

Hadith Nabi SAW kepada orang yang meminta-minta zakat. Nabi berpesan kepada mereka:
“إن شئتما اعطيتكما، ولا حظ فيها لغني، ولا لقوي مكتسب.”
Maksudnya:
Daripada Ubaidillah bin Adi bin al-Khiyar ia berkata: Telah mengkhabarkan kepada dua lelaki ia telah datang kepada Rasulullah SAW semasa Haji Wada’ dan keduanya meminta sedekah (zakat) daripada badinda SAW. Lalu Rasulullah SAW melihat kedua orang itu dari atas sampai ke bawah dan baginda mendapati kedua-duanya masih kuat (untuk bekerja). Lalu baginda bersabda: “Jika kalian berdua mahu, aku akan memberimu sedekah (zakat). Namun, ia (zakat) tidak layak (diterima) oleh orang kaya, dan orang yang kuat yang mampu bekerja”. (HR Abi Daud dan an-Nasaie).
Untuk rujukan lanjut berkenaan dengan zakat dan perjalanan zakat di negeri Selangor, bolehlah merujuk kepada laman rasmi mereka, zakatselangor.com.my.
BORANG PERMOHONAN
Borang boleh dimuatturun di Zakat Selangor kemudian dicetak untuk diisi dengan lengkap. Dokumen sokongan adalah bergantung kepada jenis bantuan yang dimohon.
Permohonan adalah bergantung kepada kategori asnaf.
ASNAF FAKIR MISKIN: Pemohon akan direview terlebih dahulu untuk memastikan kelayakan permohonan. Jika layak, pemohon akan diletakkan samada di asnaf Fakir ataupun Miskin. Kelayakan asnaf adalah dikira berdasarkan kepada penentuan Had Kifayah dan lain-lain prosedur yang ditetapkan. Bantuan adalah untuk warganegara sahaja. Asnaf fakir miskin juga mempunyai kelas Fardhu Ain khas untuk mereka.
ASNAF MUALAF: Pemohon merupakan seorang mualaf yang baru memeluk Islam (pengislaman di bawah 5 tahun). Tidak kira pemohon memeluk Islam di negeri mana sekali pun, yang penting tinggal di dalam negeri Selangor. Bantuan untuk warganegara sahaja. Asnaf mualaf juga mempunya kelas Fardhu Ain khas untuk mereka.
ASNAF GHARIMIN: Pemohon tidak layak semasa direview untuk Fakir Miskin, akan tetapi mempunyai keperluan kewangan seperti tunggakan sewa rumah/bilik, tunggakan bil utiliti, masalah kesihatan dan sebagainya.
Terima kasih kerana melawat kami.
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan zakat, boleh menghubungi Muhammad Hakimi Mustapai, Ketua Penolong Amil Kariah (KPAK) Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Masjid Al-Falah USJ 9 di talian wa.hakiminur.com. Adalah dimaklumkan, untuk urusan permohonan, hanya untuk pemohon dalam kawasan USJ 7 hingga USJ 15 sahaja.