Perbezaan Qiraat pada lafaz فتبينوا (Nafi’, Ibnu Kathir, Abu ‘Amru, Ibnu ‘Amir, ‘Asim, Abu Jaafar dan Yaakub) dari asal التبين dan فتثبتوا (Hamzah, Kisa’i dan Khalf al-‘Asyir) dari asal الثبت. Makna: Allah SWT memerintahkan kepada orang2 mukmin, sekiranya sampai kepada mereka berita dan pelbagai sumber, supaya tidak cepat mempercayainya. Bahkan wajib untuk berhati2 dan tunggu hingga dipastikan kebenaran berita tersebut. …
Month: November 2017
Torrent sekarang ini
Anda tahu tentang torrent?
Nama .torrent ini agak sensitif kerana ia bersabit langsung dengan Kementerian Multimedia atau Suruhanjaya Komunikasi Multimedia. Tapi post ambo ni hanya nak kongsi sahaja berkenaan apa dia .torrent ini.
Torrent adalah sejenis P2P sharing. Dulu2 ada MiRC, pastu Limewire, pastu torrent dan mungkin ada yang lebih advance lagi sekarang ini termasuk yang jenis berbayo. Ambo dop sanggup nak bayo semata2 untuk nak download.
Sebelah ngan torrent, ada satu nama lagi iaitu Magnet. Tapi kita boleh convert Magnet kepada torrent. Contohnya di magnet2torrent.me.
Nak tahu berkenaan torrent? Banyak site torrent yang telah diserbu samada antarabangsa ataupun nasional. Peringkat nasional adalah torrent.jiwang.cc… xde dah sekarang ini.. tinggal kenangan..
Site torrent? Tanya pakcik google. Slow doh bab ni.. Ngaji jah banyak loni.. in shaa Allah.
Kesan Perbezaan Qiraat; Satu ringkasan
KESAN QIRAAT KEPADA ILMU-ILMU ISLAM
Ada seorang saudara, whatsapp kepada ambo untuk dapatkan maklumat mengenai Qiraat. Kerana beliau sedang menyiapkan thesis beliau. Thesis ambo? Wait and see… Hehehe..
Point utama dalam posting ini adalah Perbezaan Wajah-wajah Qiraat akan beri kesan kepada ilmu-ilmu Islam seperti Feqah, Tafsir dan juga bahasa Arab. Setakat ini ambo ada memiliki beberapa kitab berkenaan perkara-perkara ini. Cuma kitab-kitab tu, ambo tinggal kat Kelate dulu lah. Tak dan lagi nak bawak ke Key El nih.
Antara contoh ambo boleh tulis di sini adalah (dari bacaan berkumpulan ambo dengan Muslimat Masjid al-Falah):
- Dari segi bahasa Arab
Surah al-Furqan, ayat 17
وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ فَيَقُولُ أَأَنتُمْ أَضْلَلْتُمْ عِبَادِي هَـٰؤُلَاءِ أَمْ هُمْ ضَلُّوا السَّبِيلَ
Wajah qiraat: Ibnu Kathir, Abu Jaafar, Yaakub dan Hafs membaca dengan (يَحْشُرُهُمْ) dengan ya’ – dhamir kepada عَلَىٰ رَبِّكَ pada ayat كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ وَعْدًا مَّسْئُولًا. Manakala baki Qurra’ – (نَحْشُرُهُمْ) iaitu dhamir Mutakallim sesuai dengan ayat 11 – وَأَعْتَدْنَا لِمَن كَذَّبَ بِالسَّاعَةِ سَعِيرًا. - Dari segi tafsir
Surah al-Mukminun, ayat 8
وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
لِأَمَانَاتِهِمْ : Ibnu Kathir dengan membuang alif kedua – mufrad – menunjukkan jenis yang satu. Manakala baki Qurra’ – dengan kekalkan alif – jamak – menunjukkan jenis yang pelbagai.
Makna: Surah al-Mukminun mengandungi khabar dengan kejayaan dan kemenangan orang-orang Mukmin yang terkumpul pada mereka sifat-sifat antaranya mereka memelihara barang yang diamanahkan kepada mereka tanpa menggunakannya, atau mencacatkannya samada antara mereka dengan Allah seperti solat, puasa, haji dan sebagainya. Atau antara mereka dengan manusia seperti harta benda, janji dan sebagainya. - Dari segi Feqah:
Berkenaan dengan qazaf pada ayat 6 surah an-Nur.
Keyword google: أثر القراءات في الفقه الإسلامي pdf