Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) Masjid Al-Falah USJ 9

Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) Masjid Al-Falah USJ 9 diasaskan oleh Ustaz Muhammad Hakimi bin Mustapai (wa.hakiminur.com) ketika beliau memulakan tugas sebagai pegawai Masjid Al-Falah USJ 9 (Imam III) pada penghujung tahun 2013. Bermula dengan perlantikan beliau, maka bermulalah era pengurusan mualaf secara rasmi di Masjid Al-Falah USJ 9. Beliau seterusnya mendapat tauliah mengajar dari pihak JAIS dan seterusnya lulus untuk dilantik sebagai Panel Dakwah Mualaf (PDM).

Kemudian, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengambil alih pengurusan dan pendidikan mualaf dengan nama baru, Guru Pembimbing Asnaf Mualaf (GPAM).

KFAM di Masjid al-Falah USJ 9 menggunapakai sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak LZS dengan subjek Al-Quran/Iqra’, Tauhid, Feqah, Akhlak dan Sirah. Kesemua bahan pengajaran seperti buku teks dan buku Iqra’ telah disediakan oleh pihak penganjur.

Hari kelas rasmi di Masjid al-Falah USJ 9 adalah pada hari Isnin, Khamis dan Sabtu. Masa kebiasaannya adalah bermula solat Maghrib berjemaah hingga jam 9.30 atau 10.00 malam.

Jumlah pelajar mualaf yang berdaftar dengan KFAM Masjid Al-Falah USJ 9 untuk tahun 2023 adalah seramai 50 orang manakala yang masih aktif dengan KFAM adalah seramai 20 orang. Baki 30 orang tersebut, samada telah berpindah, atau meninggal dunia, atau hilang tanpa jejak, atau tidak dapat hadir kelas kerana kekangan masa mereka.

Kehadiran ke KFAM ini, mendapat elaun kehadiran dari pihak LZS. Terima kasih Lembaga Zakat Selangor. Terima kasih kepada para pembayar zakat yang dermawan.

Jika anda seorang Mualaf, ataupun non-Muslim tapi ingin mengenal dan mendalami Islam, ayuh sertai kami! Jika kami jauh, boleh sahaja mencari kelas yang berdekatan di Zakat Selangor (https://www.zakatselangor.com.my/jadual-kelas-muallaf)

Bacaan berkaitan:
1. Majalah Edisi MAIS bil 1/2020 berkenaan dengan KFAM: https://www.mais.gov.my/wp-content/uploads/2020/03/Final-EDISI-MAIS-Bil.1.2020-1.pdf (boleh klik kanan dan pilih save link as untuk muatturun)
2. Kajian berkenaan dengan Pelaksanaan Pendekatan Dakwah Guru Pembimbing Kelas Fardu Ain Muallaf (KFAM) di Selangor: https://jcis.uitm.edu.my/journal/volume8/issue1/8%20Pelaksanaan%20Pendekatan%20Dakwah%20Guru%20Pembimbing%20Kelas%20Fardu%20Ain%20Muallaf%20(KFAM)%20Di%20Selangor.pdf (boleh klik kanan dan pilih save link as untuk muatturun)
3. Hantaran Lembaga Zakat Selangor (Facebook) berkenaan dengan Kelas Fardhu Ain Asnaf Mualaf: https://www.facebook.com/zakatselangor/posts/kelas-agama-asas-asnaf-muallafmudah-sahaja-untuk-mengikuti-atau-mendaftar-kelas-/10155378225126221/?locale=ms_MY

Jangan malu untuk tekan link di bawah:

wa.hakiminur.com

MUHAMMAD HAKIMI BIN MUSTAPAI
Guru Pembimbing Asnaf Mualaf (GPAM)
Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Masjid Al-Falah USJ 9