Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru!

Di Selangor, prosedur permohonan berkahwin berbeza untuk pemegang Mykad biru (warganegara) dan pemegang Mykad merah (PR), passport (bukan warganegara), surat beranak dan lain-lain dokumen pengenalan diri. Kalau tiada dokumen pengenalan diri pun, boleh kahwin. Tetapi kena hadap la proses dia. Jangan marah plak, “nak kahwin jer pun..”.

PROSEDUR PERKAHWINAN DI SELANGOR UNTUK WARGANEGARA (MYKAD BIRU)

  1. Pemohon mengisi Borang Benar Nikah Online di Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).
  2. Dari no 1, pemohon wajib menghadiri Kursus Pra Perkahwinan di premis yang diiktiraf oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) jika bujang dan belum pernah berkahwin dan berumur 45 tahun ke bawah. Jika pernah berkahwin (duda) atau sedang berkahwin (lelaki), hanya perlu sijil nikah atau cerai atau sijil mati pasangan. Jika balu (kematian suami) atau janda (bercerai hidup), pastikan bukan dalam eddah dan perlukan sijil cerai/mati dan sijil nikah sebagai dokumen sokongan.
  3. Dari no 1, pemohon wajib membuat ujian HIV di klinik-klinik kerajaan yang diiktiraf. Samada bujang, dara, duda, janda atau balu.
  4. Sila cetak borang benar nikah online dan hubungi Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) kariah.
  5. Jika alamat Mykad tidak sama dengan alamat tempat tinggal, perlu dapatkan pengesahan mastautin dari Nazir Masjid/Pengerusi Surau di kawasan tempat tinggal.
  6. Untuk anggota keselamatan seperti polis dan askar, perlu mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa terlebih dahulu.
  7. Jika pemohon akan melangsungkan perkahwinan di luar daerah atau negeri, borang permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dibuat dalam DUA (2) set.

PROSEDUR PERKAHWINAN DI SELANGOR UNTUK DOKUMEN PENGENALAN DIRI LAIN (PR, PASSPORT, SURAT BERANAK DSB)

  1. Pemohon mengisi Borang Benar Nikah Online di Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM).
  2. Dari no 1, pemohon wajib menghadiri Kursus Pra Perkahwinan di premis yang diiktiraf oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) jika bujang dan belum pernah berkahwin dan berumur 45 tahun ke bawah. Jika pernah berkahwin (duda) atau sedang berkahwin (lelaki), hanya perlu sijil nikah atau cerai atau sijil mati pasangan. Jika balu (kematian suami) atau janda (bercerai hidup), pastikan bukan dalam eddah dan perlukan sijil cerai/mati dan sijil nikah sebagai dokumen sokongan.
  3. Dari no 1, pemohon wajib membuat ujian HIV di klinik-klinik kerajaan yang diiktiraf. Samada bujang, dara, duda, janda atau balu.
  4. Sila cetak borang benar nikah online.
  5. Jika alamat Mykad tidak sama dengan alamat tempat tinggal, perlu dapatkan pengesahan mastautin dari Nazir Masjid/Pengerusi Surau di kawasan tempat tinggal.
  6. Untuk anggota keselamatan seperti polis dan askar, perlu mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa terlebih dahulu.
  7. Jika pemohon akan melangsungkan perkahwinan di luar daerah atau negeri, borang permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dibuat dalam DUA (2) set.
  8. Tanpa perlu berjumpa PPP, terus bawa borang permohonan dan dokumen sokongan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk kebenaran permohonan.

KARIAH MASJID AL-FALAH USJ 9

Bermula 2023, kariah Masjid al-Falah USJ 9 adalah bermula dari USJ 7 hingga USJ 15 sahaja. Untuk USJ 1, hendaklah berurusan dengan PPP Masjid al-Irsyad USJ 1 (Ustaz Firdauz Noh), USJ 2 – USJ 6, PPP Masjid al-Mukminun USJ 2 (Ustaz Mohd Hafiz) dan USJ 16 – USJ 25, PPP Masjid al-Madaniah USJ 18 (Ustaz Syukri dan Ustaz Raja Zareeq). Pemohon dinasihatkan untuk menghubungi terlebih dahulu PPP yang berkenaan sebelum hadir ke masjid untuk berurusan. Tidak digalakkan untuk walk-in kerana PPP bukan sepanjang masa dan hari berada di masjid masing-masing.

PPP Masjid al-Falah
(1) Ustaz Mohd Zuwairi
(2) Ustaz Muhammad Hakimi

KEPERLUAN DI HADAPAN PPP

  1. Pemohon hadir sendiri bersama borang permohonan. Jika perempuan, hadir bersama wali dan juga borang permohonan lelaki yang telah mendapat kebenaran berkahwin dari pejabat agama daerah masing-masing.
  2. Borang permohonan tidak boleh ditandatangani sebelum berjumpa PPP. Pastikan masa isi borang permohonan, pemohon semak terlebih dahulu sebelum cetak, terutama lokasi majlis akad nikah dan juga maskahwin serta pemberian.
  3. Dokumen sokongan:
    Lelaki:
    Salinan myKad pemohon, myKad pasangan, sijil kursus/sijil cerai/sijil nikah/sijil mati, ujian HIV dan akuan mastautin jika alamat di myKad berbeza dengan alamat tempat tinggal semasa. Jika anggota keselamatan (polis/askar), wajib ada kebenaran dari ibu pejabat masing-masing.
    Perempuan:
    Salinan myKad pemohon, myKad pasangan, myKad wali, sijil kursus/sijil cerai/sijil nikah/sijil mati, ujian HIV dan akuan mastautin jika alamat di myKad berbeza dengan alamat tempat tinggal semasa. Jika anggota keselamatan (polis/askar), wajib ada kebenaran dari ibu pejabat masing-masing.
    *perlu diingat, semua dokumen dibawa bersama yang asli dan salinan tanpa sebarang palang atau contengan.

KEMUDIAN…

Apabila PPP telah mengesahkan dan menyokong permohonan pemohon, pemohon akan menghantar borang BNO ke JAIS Shah Alam untuk permohonan kebenaran berkahwin. Selesai.

Hubungi PPP lokasi tempat akad nikah untuk langkah seterusnya. Senarai nama Penolong Pendaftar Perkahwinan untuk negeri Selangor.

HARI PERKAHWINAN
1. Pastikan tidak berlaku pembaziran ataupun menyalahi sunnah yang dilakukan oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.
2. Majlis bergantung kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) kawasan tersebut.
3. Tandatangan pengantin lelaki (bacaan taklik), wali (kebenaran mengahwinkan atau mewakilkan kepada wakil) dan saksi (dokumen nikah dan wakalah wali).

PASCA PERKAHWINAN
1. Dokumen perkahwinan akan diuruskan oleh PPP yang mengendalikan majlis akad nikah.
2. Pengantin akan diberikan slip perkahwinan sementara sebagai bukti perkahwinan telah diadakan dan mengikut syarak dan undang-undang Negeri.
3. Pengantin akan dimaklumkan jangkaan tarikh SIJIL NIKAH siap. Untuk yang berkahwin di Selangor, jangkaan siap Surat Perakuan Nikah (SPN) dalam tempoh DUA BULAN. Anda boleh menghubungi 03-55143611 (Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam) untuk mengetahui status SPN.
– SPN suami hanya boleh diambil oleh suami sahaja dan begitu juga SPN isteri. Jika tidak berkesempatan, dibenarkan wakil bersama dengan surat kuasa wakil dan salinan Mykad suami/isteri. Kuasa wakil hanya kepada suami/isteri, keluarga terdekat dan peguam sahaja. Kad Nikah boleh dimohon di kaunter Kad NIkah selepas siap SPN.
– Dokumen diperlukan untuk kad nikah adalah salinan surat perakuan nikah dan gambar berukuran pasport (fizikal) suami dan isteri. Gambar isteri mestilah  bertudung, manakala suami diberikan pilihan samada bersongkok/berkopiah atau tidak. Kad nikah boleh diambil oleh mana-mana pihak dengan syarat bersama resit rasmi semasa permohonan KNP. Satu kad adalah RM20 sahaja dan RM40 untuk sepasang.

Anda ada masalah?
Hubungi saya
Saya sedia membantu. HP dibuka 24/7, cuma respons sahaja bukannya 24/7 (hehe)

Update (Februari 2020):
Lawati Sijil Nikah JAIS untuk mengetahui secara pantas no rujukan Sijil Perakuan Nikah (SPN) anda. Sekarang ini, status sijil nikah boleh didapati di SPPIM. Lagipun sejak persempadanan baru ini, saya sudah tidak aktif jalankan akad nikah. Jadi tak kemaskini sudah page ini dan sudah nyahaktifkan page ini dari website saya. Dan juga prosedur baru di kaunter Bahagian Undang-undang Keluarga di JAIS sudah berubah.

Featured image adalah gambar akad nikah Philbert Jee Wee Lee. Dah dua anak dah pun. Hehehe… Manakala gambar dalam hantaran adalah bro Ajer (Rusdi) jadi saksi untuk akad nikah saudaranya. Bro Ajer adalah senior di Maahad Qiraat Shoubra dulu.

SENARAI PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH DAN ALAMAT

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH PETALING
TINGKAT 1, MENARA UTARA,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
PERSIARAN MASJID
40676 SHAH ALAM

No. Telefon : 03-5514 3607 / 3619
No. Faks : 03-5512 2105 / 03-5510 6005
E-mel : paidpetaling[at]jais[dot]gov[dot]my

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH SEPANG,
BANDAR BARU SALAK TINGGI,
43900 SEPANG.

No. Telefon : 03-8706 1918 / 2943 / 1617
No. Faks : 03-8706 2961
E-mel : paidsepang[at]jais[dot]gov[dot]my

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KLANG,
TINGKAT BAWAH & 1
BANGUNAN PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN,
JALAN KOTA ,41000 KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN

No. Telefon : 03-3372 6924 / 03-3374 8422 / 03-3371 2166
No. Faks : 03-3372 6923
E-mel : paidklang[at]jais[dot]gov[dot]my

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH GOMBAK
KOMPLEKS ISLAM DAERAH GOMBAK,
KM 16, PERSIARAN PEGAWAI, BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES, SELANGOR

No. Telefon : 03-6120 1514 / 03-6120 1467
No. Faks : 03-6131 1130
E-mel : paidgombak[at]jais[dot]gov[dot]my

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU LANGAT
KOMPLEKS ISLAM DAERAH HULU LANGAT,
PERSIARAN KEMAJUAN SEKSEYEN 16,
43650 BANDAR BARU BANGI.

No.Telefon : 03-8922 1891 / 03-8922 1329 /003-8922 1835
No.Faks : 03-8922 2360
E-mel : paidhululangat[at]jais[dot]gov[dot]my

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUALA LANGAT
KOMPLEKS ISLAM DAERAH KUALA LANGAT,
PERSIARAN SULTAN ABDUL AZIZ SHAH,
KOTA SERI LANGAT (SG.SEDU),
42700 BANTING, KUALA LANGAT,
SELANGOR.

No. Telefon : 03-3187 5134 / 1357
No. Faks : 03-3187 6186
E-mel : paidkualalangat[at]jais[dot]gov[dot]my

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH HULU SELANGOR,
44000 KUALA KUBU BHARU,
SELANGOR

No. Telefon : 03-6064 1437 / 3402
No. Faks : 03-6064 1122
E-mel : paidhuluselangor[at]jais[dot]gov[dot]my

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUALA SELANGOR
Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor,
Jalan Masjid,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.

No Telefon : 03 – 3289 1393 / 32812611
No Faks : 03 – 3289 2287
E-mel : paidkualaselangor[at]jais[dot]gov[dot]my

PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH SABAK BERNAM
PARIT SATU TIMUR,
45300 SUNGAI BESAR,
SELANGOR DARUL EHSAN.

No. Telefon : 03-3224 1529 / 1260
No. Faks : 03-3224 1486
E-mel : paidsabakbernam[at]jais[dot]gov[dot]my