PENDAFTARAN PENGISLAMAN DI MASJID AL-FALAH USJ 9
Masjid al-Falah USJ 9 telah dilantik secara rasmi oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai Pusat Pendaftaran Pengislaman Muallaf (PPPM) di bawah seliaan Bahagian Pendaftaran Muallaf, Sektor Pembangunan Sosial.
Pusat ini diketuai oleh Ustaz Muhammad Hakimi sebagai Pengurus Muallaf. Panel yang boleh mengendalikan majlis syahadah di Masjid al-Falah adalah seperti tuan Nazir dan tetuan Imam Masjid.
DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN PENGISLAMAN MUALLAF
- Jika warganegara Malaysia, myKad dan salinan pemohon dan dua orang saksi. Jika bukan warganegara, passport dan visa yang sah bersama dengan salinan.
- 3 keping gambar berukuran passport.
(Jika perkara (1) tidak dipenuhi, pemohon hanya akan diperakui syahadah sahaja tanpa didaftarkan).
HARI PENDAFTARAN PENGISLAMAN
- Pemohon atau saksi menghubungi pihak Masjid atau Ustaz Muhammad Hakimi untuk urusan janji temu pendaftaran pengislaman.
- Pemohon hadir bersama dengan dua orang saksi lelaki 18 tahun ke atas. Tiada masalah jika yang hadir melebihi. Kesemua yang hadir mestilah sihat dan tidak bergejala. Pemakaian pelitup muka (facemask) dan penjarakan sosial adalah diwajibkan.
- Majlis akan mengambil masa kurang dari 30 minit dengan pengisian seperti penerangan tentang Islam, lafaz syahadah, doa dan taklimat selepas syahadah.
PASCA SYAHADAH
- Pemohon akan dimaklumkan status kad Islam.
- Pemohon akan dimaklumkan berkenaan dengan Kelas Fardhu Ain Muallaf (KFAM) yang boleh disertai oleh Muallaf. Muallaf boleh menyemak senarai KFAM di Selangor melalui pautan di laman sesawang LZS.
- Pemohon akan dimaklumkan berkenaan dengan bantuan sumbangan dari pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS). Boleh rujuk di laman sesawang LZS.