Takbir Raya Istimewa dari keluarga Hj Hanif

Ada orang tanya ambe, kenapa ambe tiada dalam video takbir Masjid.

Alkisahnya, rakaman tu dibuat selepas solat terawih, jam 11 malam. Pn Dr pulak on-call malam tu. Kalau semata nak datang rakaman tu, tak tahu nak balik bila. Nak uruskan sahur anak-anak lagi. Nak uruskan sekolah mereka lagi. Belum campur kepenatan lagi. Ambe uzurkan diri lah. Lagipun ok jer video tu. Hehehe…

Lalu ambe edit video takbir adik ipor ambe rekod ni, masukkan lafaz takbir bahasa arab. Video ini direkodkan oleh @balqishanif tanpa kehadiran @benyamin, @cikgushafika, @uncleadan dan @mamaintan. Kapten takbir adalah imam besar, sheikh @hafizhanif.

Selamat hari raya untuk kesekian kalinya. Misi nak habiskan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal. Ada baki 2 hari sahaja lagi.

Kalau perasan, sepanjang video ini, @princessbaby duk peace sahaja. Sebab duk ingat nak amik gambar. Hehehe… Syukur beliau dalam keadaan good mood.

Pastu kan, yang ambe tag (@) tu takde mende. Saje je tulis camtu.. Hahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *