2024.04.15-18
Balik Beraya di Kelantan
Alhamdulillah, diizinkan Allah untuk balik beraya ke Tanah Serendah Sekebun Bunga, negeri kelahiran ambe. Selepas perjuangan 5 hari (tanpa gagal, Alhamdulillah) menjalankan amanah dan tugasan yang diamanahkan. Jumpa mak ayah sendiri dapat menghilangkan kepenatan dan keletihan yang ada. Perjalanan balik dari Selangor ke Kelantan, lancar sahaja. Tiada pun jam panjang (Hehehe). Macam biasa, balik Kelate ikut GM manakala balik Selangor guna LPT.
Kali ini, balik Kelate tanpa co-pilot. Pn Dr kena attend case, balik Kelate naik flight alik petang. Jadi, perjalanan kami jadi unik. Ambe bertolak pagi, kemudian jemput Pn Dr di bandara KB sebelah petang. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) sedang dalam proses naiktaraf.
Lokasi persinggahan untuk ambik gambar guna camera Canon EOS3000D ambe:
Lokasi wajib iaitu Masjid Razaleigh GM, Muse Park, MTAQ Pulai Chondong – sekolah ambe tu. Pahtu bila lalu cabe Kuala Krai tu, mace comel pulak buah setol (manggis) kat cabe tu. Pas Pulai Chondong, lajak ke Melor ambik gambar masjid baru. Katanya funder dia tokey Andalusia. Masjid comel, tapi tu la, parking betul-betul sebelah jalan besar. Takdak masalah kot.
Bonda ambe ni, semenjak jadi cikgu (B) ni, cukup suka tanam pokok bunga terutamanya. Berbudi pada tanah la katakan. Dulu ado pokok salak, tapi tebang abis doh sebab ambik ruang banyak sangat. Ada lagi la baki-baki pokok salak, cuma di belakang rumah sahaja. Balik baru ni pun napok takdok buah doh.
Nanti ambe upload gambar dalam album baru kat FB ambe deh. Tunggu lah.. (kalau upload.. hehe)