2024.05.02
Menjejak kedai bro Anuar
Lepas hantar princess ke rumah neneknya,berhajat nak menjejaki gerai jualan bro Anuar (fb: https://www.facebook.com/anuarbinmohamad.nua). Selalu tengok dia update gerai dia kat fb.
Gerai dia sebelah pagar sekolah. Jadi ramai customer dia terdiri dari pelajar, guru dan parent yang nakĀ gi sekolah tu. Bahkan siap kenal lagi customernya (salah satu marketing terbaik).
Dia ada jual nasi lemak (biasa dan berlauk), nasi berlauk (ayam gulai, ayam sambal), mee/bihun/kue tiaw goreng dan kuih muih. Rupanya roti canai dia buat hanya pada hari Sabtu atau time cuti sekolah sahaja. Sebab anak-anak tolong sekali. Hari biasa tak menang tangan. Alhamdulillah.
Semoga terus maju.
Seronok tengok anak-anak dia sekolah petang, tolong ayahnya berniaga sebelah pagi.