2024.04.10-15
1-5 Syawal 1445H
Tugasan Aidilfitri.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, ambe dapat selesaikan amanah untuk selesaikan tugasan Aidilfitri pada tahun ini. Giliran tahunan. Jumpa lagi selepas 2 tahun nanti in shaa Allah.
Rajin nak buat video sambil nak ucap terima kasih kepada yang terlibat.
1 Syawal 1445H.
Tema baju raya kami tahun ini, kami pilih dark purple. Tu pun sebab anak-anak dapat size baju mereka dari kedai yang sama di PKNS Shah Alam. Beli pun selepas majlis khatam perdana 27 Ramadan. Kami beli kat kiosk Ahmad Yusoff. Malangnya baju size ambe takdop kat sini, cari tempat lain. Jumpa ngan satu kiosk ni, tapi kain dia beza dengan kain anak-anak. Tapi bukan rezeki, sekali jah pakai. Sebab kain dia merekah kat jahitan tepi. Bukan merekah dah, kira koyak terus lah. Macam gambar di bawah. Seluar kira buang terus sebab jahitan belah kanan koyak, belah kiri tunggu masa. Belah dalam pun tunggu masa juga.
Tak tahu kalau jumpa kedai dia boleh tukar ke tak. Sebab takde resit. Ada bukti transaksi guna QR Pay jer lah.
2 Syawal 1445H
Cadangannya baju lain. Tapi terpakai baju lain. Ni baju baru ni. Hadiah dari kak Ani Rohani Ahmad, ketua group tadarrus al-Quran Ramadan K41 Masjid Al-Falah. Size dia bagi 3XL dah.. tapi rasa macam kecik lagi. Cutting dia kot. Terima kasih kak Ani.
3 Syawal 1445H
Baju melayu tema hitam ini adalah baju raya tahun lepas. Masih selesa dipakai. Beli pun ikut shopee sahaja. Anak-anak beli di buti Nelly’s kat Mydin USJ. Size ambe takdop doh maso kat kedai dia. So beli online jah. Sepatutnya ada gambar seorang diri, malangnya gambar tu tak jelas. So ambil gambar jelas dengan wali, Shahriman Ahmad (Aman Shah).
4 Syawal 1445H
Baju melayu yang ini adalah baju melayu warna tema untuk majlis perkahwinan uncle Ben dulu. Rasanya lah. Sebab ada satu lagi warna biru. Orang lelaki, semua biru sama je. Hehehe..
5 Syawal 1445H
Hari terakhir bertugas, pakai baju melayu yang paling suka dipakai. Warna pun hijau gitu. Baju hadiah dari keluarga Gulam Mohamaed (Allahyarham) bila ambe dijemput ke rumah beliau untuk baca tahlil beberapa tahun lepas. Masih selesa dipakai lagi. Dipadankan pula dengan set butang baju melayu berantai hadiah dari kak Siza Salai (Group tadarrus dari Putra Heights).
Sepanjang duty kali ini, ada dua jenazah yang dapat ambe santuni. Jenazah seorang perempuan, mandi – kafan – solat kemudian dibawa ke PD. Hari raya kedua. Tuan bilal bawa van, secara automatik ambe cover tugasan bilal pada waktu zohor. Ada buat rekod video, tapi takyah letak sini, nanti ramai jemput untuk kursus azan. Hahahaha… Jenazah kedua, hari raya ketiga. Lelaki. Mandi – kafan – solat di masjid kemudian dibawa ke Seremban. Sebab beliau memang tinggal di Seremban, cuma buat rawatan di Sunway Medical.