Nombor rujukan Sijil Nikah JAIS untuk client yang dinikahkan oleh Ustaz Muhammad Hakimi Mustapai, Masjid al-Falah USJ 9.
Carian:
Nama suami atau isteri – penuh atau sebahagian
Tarikh nikah 2020/XX/XX
Disclaimer:
Saya hanya maklumkan untuk no rujukan Sijil Perakuan Nikah (SPN) sahaja.
Untuk perincian maklumat di SPN anda, sila rujuk laman sesawang Nikah, Cerai dan Rujuk JAIS.
SPN mesti diambil sendiri oleh pihak suami untuk SPN Lelaki dan pihak isteri untuk SPN Perempuan. Jika salah seorang atau kedua-duanya tidak berkelapangan untuk mengambil SPN, maka boleh diwakilkan kepada ibubapa (mertua atau kandung) dan peguam sahaja. Saya lampirkan contoh surat wakil untuk digunakan oleh tuan/puan. Boleh muat turun di sini.
PANDUAN MOHON KAD NIKAH PINTAR
1. Salinan Sijil Perakuan Nikah (SPN) Lelaki atau Perempuan – Depan dan Belakang.
SPN dari Negeri Selangor sahaja yang diterima.
2. Gambar berukuran passport – 1 keping, background bebas:
LELAKI: Bersongkok, atau berkopiah, atau tanpa kedua-duanya
PEREMPUAN: Mesti bertudung penuh
3. Bayaran RM40.00 untuk DUA keping kad.
4. Tempoh siap adalah 10 – 30 hari mengikut waktu pejabat dari tarikh permohonan kad.
5. Isi borang yang disediakan di kaunter permohonan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).