Review Kitab: الأصول النيرات في القراءات

Baru2 ni Ambo ada perasan ex-student Ambo hok duk Mesir kato, kalu gi Ma’rad Kutub ad-Dauli (Pameran Buku Antarabangsa) di Kaherah, sebagai pelajar Qiraat, kena cari sutir buku ni. Oleh sebab Ambo jauh sangat ngan Kaherah, jadi Ambo guna servis pakcik Google (tanpa baksyish) untuk googlekan untuk Ambo buku ini. Buku ini memang bagus. Dia siap cerita usul2 Qiraat setiap …

Review Kitab: (Qiraat) al-Busyra fi Taysiir al-Qiraat al-ᶜAsyr al-Kubra

Review Kitab: (Qiraat) al-Busyra fi Taysiir al-Qiraat al-ᶜAsyr al-Kubra / Kegembiraan dalam Memudahkan Qiraat Sepuluh al-Kubra – Toriq Jazari.

Tengah2 duk cari sumber2 untuk tulis usul Qiraat 10 untuk kegunaan kelas Qiraat bersama jemaah Muslimat Masjid al-Falah USJ 9, jumpa satu buku. Buku ini seakan-akan al-Hadi akan tetapi buku ini menggunakan jadual dalam menerangkan wajah-wajah Qiraat dan tidak menerangkan dalil2 qiraat dari matan (setakat baca awal2 ni la). Jadi untuk para pembaca dan pelajar Qiraat terutama yang fokus pada Qiraat 10 al-Kubra.

#sapakataimammasjidtaklehajarqiraat
#adaorangberminatkitatunaikan
#sebarkanilmujanasahamakhirat

Bibliografi Sepuluh Qurra’ dan Riwayat Mereka Yang Masyhur

Reviu Buku Atas Talian.

Buku ini terjumpa bila nak cari berkenaan “Tarajim al-Qurra'” untuk buat buku nota ringkas bagi kegunaan kumpulan pembaca Qiraat jemaah Muslimat Masjid al-Falah USJ 9. In shaa Allah untuk tahun 2018, kami mensasarkan untuk membaca 10 Qiraat secara ifrad (tunggal). Hari ni baca 10 ms riwayat Qalun, hari esok baca riwayat Warsh dengan toriq Azraq pada 10 ms selepasnya. Begitulah seterusnya hingga imam Khalf al-‘Asyir.

Buku ini sepenuhnya bercerita berkenaan bibliografi imam-imam dan rawi-rawi Qiraat 10. Dalam Qiraat 10 ini termasuk Qiraat 7 (Nafi’, Ibnu Kathir, Abu ‘Amru, Ibnu ‘Amir, ‘Asim, Hamzah dan Kisa’ie) dan juga Qiraat 3 (Abu Ja’far, Yaakub dan Khalf al-‘Asyir).

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Kena kenal imam2 dan riwayat2 mereka, baru faham berkenaan Qiraat. Juga bagaimana uniknya ilmu Islam yang bukan berlandaskan akal semata-mata.

Buku ini juga mengandungi gambarajah sanad-sanad setiap imam hingga sampai kepada Nabi Muhammad SAW.

#sapakataimammasjidtaklehajarqiraat
#adaorangberminatkitatunaikan
#sebarkanilmujanasahamakhirat

Buku-buku Ambo Sebagai Penasihat

Alhamdulillah, setelah sekian lama menyeliakan buku-buku dari pihak Jasmin Publication, akhirnya buku-buku tersebut keluar di pasaran. Cari kat MPH Online, tiada. Maknanya hanya untuk pasaran sendiri sahaja.

 Buku ini berkenaan dengan persiapan dan persediaan nak jadi ibu. Tapi takde la dalam ni berkenaan pampers mana lebih baik ke.. atau kempen breastfeeding (haha) ka.. hanya berkenaan amalan-amalan dan doa-doa yang sesuai untuk bakal ibu. Bakal ayah pun tidak terkecuali.

Kalau Allah uji dengan sakit, mungkin selain dari berubat cara moden sebagai usaha.. doa-doa juga adalah sebagai ikhtiar. Mudah-mudahan usaha dan ikhtiar tersebut akan lebih lagi meningkatkan keimanan dalam diri.

Buku ini berbicara tentang perihal yang bernama pelajar. Adab-adab mereka dengan ibu bapa, dengan guru, dengan orang sekeliling, dengan rakan-rakan dan lain-lain. Juga dinyatakan berkenaan amalan dan doa2 untuk penerang hati dan sebagainya.

Naskhah ini seperti naskhah2 surah Yaasin dari penerbitan lain.. akan tetapi kami mempelbagaikan lagi pengisian sebagai alternatif baru untuk para pembaca.

Wirid-wirid selepas solat. Untuk amalan sendiri, sebab mungkin ada yang kata wirid nyaring adalah bid’ah. Yang penting kita berzikir dan tambahkan keimanan kita kepada Allah SWT.

Dapatkan naskhah anda di Jasmin Publication.. mereka juga ada buka jualan secara Online.. kalau habis, menyesal.. hehehe…

Review Kitab: الهادي شرح طيبة النشر في القراءات العشر والكشف عن علل القراءات وتوجيهها

Nama Kitab: الهادي شرح طيبة النشر في القراءات العشر والكشف عن علل القراءات وتوجيهها Pengarang: الدكتور محمد سالم محيسن رحمه الله Sebelum tidur, nak payung satu lagi kitab favourite masa kat kuliah Quran bahkan masa kat Shoubra pun, hampir semua pelajar guna kitab al-Hadi ni. Selain dari al-Hadi ini, ada satu lagi kitab yang buat arahan untuk cara baca jamak setiap ayat …

Review Kitab: المستنير فى تخريج القراءات من حيث اللغة، والإعراب، والتفسير

Nama kitab: المستنير فى تخريج القراءات من حيث اللغة، والإعراب، والتفسير Pengarang: الدكتور محمد سالم محيسن رحمه الله Kitab ini saya banyak gunakan dulu semasa belajar di Kuliah al-Quran Tanta bila mana diminta oleh Dr Sami atau Dr Karim untuk buat bahas berkenaan dengan Qiraat Ilmi dan juga berkenaan dengan Takhrij Qiraat. Takhrij Qiraat adalah mengeluarkan dan membahaskan wajah-wajah Qiraat yang khilaf …

Review: الثمر اليانع فى رواية ورش عن نافع

Nama kitab: الثمر اليانع فى رواية ورش عن نافع Pengarang: توفيق إبراهيم ضمرة Kitab ini diberikan kepada saya untuk digunakan dalam kumpulan talaqqi riwayat Uthman bin Sa’id (Warsh) di Masjid al-Falah USJ 9. Sebetulnya, ini kali pertama berjumpa dengan kitab ini. Syukur Alhamdulillah. Seperti biasa, di pendahuluan, pengarang menyatakan manhaj/metod penulisan beliau. Buku ini hanya menerangkan berkenaan qiraat riwayat Warsh sahaja tanpa …