Prosedur Zakat di Selangor

Alhamdulillah, sepanjang bermukim di Selangor ini, dapat buat kebajikan melalui Lembaga Zakat Selangor. Selain dari jadi pembayar zakat (Alhamdulillah), dapat juga jadi Amil Kariah untuk bantu dan bagi khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan sebagai alternatif kepada mereka selain dari pergi ke kaunter LZS sendiri.

Nak mohon zakat di Lembaga Zakat Selangor (LZS):

Warganegara dan tinggal di Selangor.

Pemohon akan direviu dan dibanci untuk menjadi asnaf terlebih dahulu samada fakir atau miskin atau mualaf (memeluk Islam dalam tempoh 5 tahun ke bawah). Jika lulus untuk menjadi asnaf, maka mereka dapat memohon bantuan kewangan atau bantuan makanan atau bantuan sewa rumah dan lain-lain bantuan. Jika tidak lulus, maka mereka akan dicadangkan untuk dapat bantuan 0ne-off (jika memerlukan dan layak) samada tunggakan sewa rumah, bil utiliti atau lain–lain.

Dalam prosedur permohonan, kelulusan permohonan bergantung kepada had kifayah yang ditetapkan oleh pihak LZS. UntukĀ  pembayar zakat, ikut nisab tahunan yang ditetapkan oleh LZS.

Borang-borang permohonan bantuan zakat untuk Fakir, Miskin, Mualaf dan Gharimin.

Penerima zakat.

Kalkulator kelayakan Zakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *