2023.06.26 – Syahadah dan tahnik

26 Jun lepas, selesaikan urusan pendaftaran syahadah Cik Ying di Klang. Syahadah pada 23 Jun (Sabtu), masa tu ambe gi Temerloh temankan Pn Dr kursus di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS). Kursus O&G dia lah. Antara salah seorang panelnya adalah Dr Imelda.

Pendaftaran syahadah mualaf ni mudah jah. Yang penting, mualaf ada dokumen yang sah: Warganegara – Mykad, bukan warganegara – passport dan visa yang sah. Wat mari gambar berukuran passport dalam 3 keping. Saksi, kita ejas. Kalau bawa saksi sendiri lagi baik. Kalau tiada, ada jemaah boleh minta tolong untuk jadi saksi. Pastu sihat dan sempurna akal – waras dan tidak mempunyai masalah mental. Syahadah, isi borang dan pihak masjid keluarkan surat sementara. Isnin – Jumaat, ambe gi lah ke HQ di Klang untuk submit dokumen untuk dapatkan kad perakuan Islam.

Pastu sebelah malamnya, student mualaf bawa cucu sulung dia untuk tahnik. Menantu orang Kelantan. Sebelum tahnik, ada seorang Cina datang nak syahadah. Sudah berkeluarga dan anak-anak pun sudah besar. Memang dah lama nak jadi Muslim. Duduk pun sudah berasingan dengan isteri. Isteri di Singapura, suami di Selangor. Sebab syahadah sebelah malam, maka maklum kat dia yang daftar syahadah (kad Islam) akan ambe uruskan pas raya haji nanti. Dia bawa saksi seorang jah, iaitu abang dia. Orang femes jugak la. Dr. Jadi saksi seorang lagi ambik student mualaf yang hadir kelas malam tu.

Sekian.

Leave a Reply