2023.07.10 – Healing with Nature kat Decathlon… Hehehe

Malam sebelumnya, kami dah pi. Layan anak-anak cari baju swim diorang. Anak-anak kami ni jenis suka sangat bila jumpa kolam. Hahaha.. Melainkan Adam. Maybe sebab dah besar kot. Dah rasa malu nak mandi ramai-ramai. Dulu-dulu, duk beli jer kolam angin tu nak layan kehendak diorang nak mandi kolam.

Datang balik sebab nak tukar size seluar. Lepas gi kaunter zakat kat SS15 (Masjid Darul Ehsan), macam tak tahu nak buat apa kalau masuk pejabat pun. Lajak teruslah ke USJ 1. Rupanya kalau pergi masa awal-awal dia buka, boleh la nak berlenggang/berswafoto dengan department khemah ni. Orang tak ramai. Hahhaa.. Cuba la berimaginasi pergi camping sambil memancing (tu pun kalau tak kumpau ler)..

Decathlon ni pun ada juga pakaian untuk aktiviti lasak. Bukan setakat pakaian sukan sahaja. skuter pun ada. basikal pun ada.

Leave a Reply