2024.01.27 – Geng Subuh Macam Jumaat di Masjid Al-Falah USJ 9

2024.01.27
#gengsubuhmacamjumaat
Masjid Al-Falah USJ 9

Alhamdulillah, program #gengsubuhmacamjumaat pagi ini berjalan lancar. Solat subuh mencatatkan lebih 5 saf Alhamdulillah.

Kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Dr Roslan Mohamed. Rakaman kuliah boleh dicapai melalui pautan facebook rasmi Masjid Al-Falah USJ 9 (https://fb.watch/pP_M_tV7_y/?mibextid=Nif5oz). Pakat-pakat like dan follow deh.

Untuk menu sarapan pagi, menu istimewa pagi ini. Dari kuali panas lagi, diangkat ke pinggan, terus disenduk menggunakan sudu masuk mulut (dibaca Bismillah sebelumnya). Nikmatnya makan Char Kue Tiaw panas-panas di waktu pagi. Mana pernah jumpa CKT belah pagi. Sama juga la jumpa burger tepi jalan waktu siang.

Selesai sarapan pagi, ambe attend meeting Masjid jap. Sebelum gi Kelana Jaya untuk hadiri majlis perlantikan Guru Pembimbing Asnaf Mualaf LZS. Nanti kita wat hantaran lain.

Program #gengsubuhmacamjumaat pagi ini, dicover oleh Nasi Lemak Kopi O @TV9. Kita tunggu waktu siarannya. Kena rekod nih.. Hahaha…

Leave a Reply