2024.02.02 – Lama tak ke bangunan PAID Petaling

2024.02.02
Ziarah ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling

Alhamdulillah, hari ni 2/2/2024, selesai nikahkan pasangan Mohd Alif Haiqell dan Dayang Nuramilia kat Masjid. Sekarang ni, akad nikah yang ambe lakukan dianggap rare sebab dalam kariah Masjid ambe, takde dewan. Dewan Bizmilla Wedding Centre telah diberikan kepada masjid sebelah. Kariah ambe mengecil dari USJ 7 hingga USJ 15 sahaja. Memang enjoy! Hehe…

Sebab buat majlis akad nikah hari Jumaat, minta pasangan untuk hadir awal supaya dapat hantar dokumen nikah ke PAID Petaling di Shah Alam sebelum Jumaat. Kira selesai teruslah.

Selesai akad nikah, bawa baby princess ke Klinik Wakaf An-Nur (ni la bagusnya Masjid Al-Falah, ada klinik wakaf. RM10 sahaja ubatnya) sebab demam, batuk dan selsema. Terus ke Shah Alam. Wajah baru PAID Petaling. Alhamdulillah. Dapat jumpa sahabat, Zul kat kaunter. Bayar sijil nikah pun, guna kad debit jer. Memang cashless terus kat PAID sekarang ni.

Nanti kita buat kunjungan ke kaunter LZS kat SS15 pula. Selalu pergi, tapi tak buat cerita. Hehe…

Leave a Reply