2024.01.26
Appointment Idris di Klinik Pakar Ortopedik, Hospital Kuala Lumpur
Alhamdulillah, dapat selesaikan tanggungjawab seorang bapa untuk bawa anaknya ke Hospital untuk temujanji pasca pembedahan. Idris lama sikit berbanding dengan Adam yang sudahpun discharge. Allah SWT bagi istimewa sikit kat jari-jari tangan dia.
Keluar rumah jam 7 lebih, dengan berpandukan Waze yang tunjuk ETA 8.30 pagi. Temujanjinya jam 9.00 pagi. Alhamdulillah, Allah SWT lapangkan jalan hari ini. Tak sangkut jam mana kecuali bila masuk Pusat Bandaraya. Dah macam orang nak pejabat pun kita ni. Hahaha… Orang Islam kena la tunaikan janji kan…
Seperti dijangkakan, memang tiada kosong kat parking Klinik Pakar. Untuk kali pertama, park kereta tanpa tarik brek tangan (kereta Alza ambe brek tangannya di kaki). Tawakkal sahajalah double park.
Masa daftar tu, tunggu juga no giliran keluar. Kan biasa kena duduk kat meja pendaftaran dulu, tanya dulu. Bayar dulu ke. Apa ke. 2011, 2012.. baik, selepas ini. Tiba-tiba, terus keluar 2014, 2015.. Tunggu sekejap, sebelum keluar 2017, terus gi tanya. Malu bertanya, bersidailah kat situ.. hehe.. Rupanya mereka terus ke bilik Dr. Tunggu sahaja no dipanggil.
No dipanggil, jumpa Dr. Buka balutan dan simen. Tengok x-ray. Tengok keadaan luka. Alhamdulillah, luka dah kering. Dah cantik. Cuma pergerakan jari terbatas. Mohon jasa baik Dr untuk buat surat rujukan fisio ke Hospital Kajang. Dekat sikit.
Dapat surat, tanya cik Nurse camna nak selesaikan benang kat tangan dia. Cik Nurse kata, pergi sahaja ke bilik 8, nanti staf di sana tolong. Alhamdulillah, baik staf sini. Bagitahu fakta kes, beliau suruh duduk dulu sebab ada pesakit lain. Siap pesakit tu, terus panggil Idris masuk seorang diri. Sekejap je, tak sampai 5 minit, beliau keluar dengan bangga 🙂
Keluar HKL, waze kata sampai Kajang dalam 12 lebih. Jadi tanya anak-anak, nak makan dulu atau balik rumah. Lepas jumaat baru makan. Mereka nak makan dulu… Jom makan di Restoran Wardah (https://www.facebook.com/restoranwardah)
Nota: Kumpulan kami seperti biasa dianggotai oleh ahli wajib, baby A’a :-). Dia sopan dan bagi kerjasama yang baik.
Salah seorang dari group bapa-bapa yang bawa anak sendirian ke hospital untuk check-up.