2024.01.22 – Berlatih berbuka puasa dalam kereta.. :-)

2024.01.22
Berlatih berbuka puasa dalam kereta

Lumrah duduk di Kolumpo ni, kena bersedia jika nak balik rumah time office-hour. Sekarang ni, pihak masjid buat rombakan jadual bertugas imam. Satu hari, akan ada dua imam bertugas; sesi siang (Subuh – Asar) dan sesi malam (Maghrib dan Isyak). Ambe terima aja. No problem. Profesional kan.. Hehehe… Hari ini dapat hantar 4 dokumen permohonan bantuan zakat; 2 review asnaf, 1 saguhati pengislaman mualaf dan 1 lagi hutang perubatan. Di samping juga, bayar zakat bagi pihak Pn Dr.

Hadith riwayat daripada Aisyah R.Anha, beliau berkata:

كانَ النَّبيُّ – صلّى اللهُ عليهِ وعلى آلِهِ وسلَّمَ – يَتحرّى صَومَ الاثنينِ والخَميسِ

Maksudnya: “Nabi SAW biasanya berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.” Riwayat al-Tirmizi (745); al-Nasa’i (2361) dan Ibn Majah (1739); Ia dinilai sebagai sahih dalam Sahih al-Targhib (1044) (https://maktabahalbakri.com/2302-puasa-sunat-isnin-bersama-khamis)

Natijah ujian, bulan poso kekgi, kena berbuka dulu la kat masjid baru chow. Tahun lepas pun pernah jugak berbuka dalam kereta.

Orang kata, tak cuba, tak tahu… hahaha.

5.30 masuk highway. Waze dah tunjuk sejam lebih. Makin lama makin menaik. Akhirnya sampai rumah jam 8.00 malam. Siap sedia terus untuk hantar Idris gi kelas mengaji.

Leave a Reply