2024.01.14 – Hari makan nasi minyak

2024.01.14
Hari makan nasi minyak (tapi ambe makan nasi putih).. Hehe

Hj Omar FRU @Masjid Al-Falah USJ 9
Hj Omar ajak kenduri pakej dengan bacaan doa sekali. Tapi sampai di lokasi kejadian lewat 5 minit dari masa dijanjikan, terus tuan rumah baca doa sendiri. Haha… Habislah ambe kena perli pasni.. Haha.. Ambe bbisik kat dia, ambe ni orang Melayu, OTW..

Hj Azlan @Urban Hall, Alam Impian
Selesai makan di Masjid, ambe terus shoot ke Alam Impian. Hj Azlan ni suami kepada Hjh Ruhana, mantan Ketua ambe penggal lepas. Jadi, macam tak best kalau tak raikan majlisnya. Anak hj Azlan, Izwan owner Big Sign, yang ambe selalu order banner dan business card darinya. Lokasi majlis cantik dan dekat dengan highway. Cuma ambe takle duk lama dalam dewan.

Hj Hisham @Magika Event, Shah Alam
Selesai di majlis Hj Azlan, terus gerak ke kawasan Kampung Melayu Subang untuk majlis Hj Hisham. Hj Hisham ni suami kepada Hjh Norwiyah, group Mengaji Qiraat Ambe. Alhamdulillah, dapat meraikan majlisnya. Kalau tak, confirm left group kan.. Hehehe..

Selesai menghadiri majlis kenduri, bersedia pula untuk raikan temujanji hari tersebut.
Tahnik Zain Azri Zamri, cucu Hj Hamiluddin Nilai
Tandatangan sokongan borang permohonan kebenaran berkahwin
Kelas Mualaf

Selesai program hari Ahad, 15 Januari 2024M bersamaan dengan 02 Rajab 1445H.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *