Excel: Jana tarikh lahir, umur dan jantina dari nombor Mykad

2024.01.12
Excel: Jana tarikh lahir, umur dan jantina dari nombor Mykad

Selama di Masjid Al-Falah USJ 9, ambe sebagai pegawai yang bertanggungjawab untuk bahagian kebajikan Masjid. Bernaung di bawah Biro Kebajikan, Kemasyarakatan dan Sosial Masjid. Alhamdulillah, tahun ni, pihak masjid nak gunakan nama Al-Falah Care USJ 9 sebagai nama komersial. Nama yang ambe cipta masa jaga kebajikan dan kelas mualaf tahun 2014. Diinspirasikan dari nama Mualaf Care MAIS.

Jadi, kita ada database seperti dalam gambar. Oleh kerana bila bab sekolah, melibatkan umur (6 hingga 17 tahun), jadi satu kerja pula nak baca satu-satu keluarga umur anak mereka. Ambe search tips dalam Excel, jumpa idea untuk jana tarikh lahir, umur dan jantina dari nombor Mykad. Kalau bukan Mykad, kena manual lah. Dari sana pula, ambe akan create formula “Count” untuk cari berapa orang umur sekian sekian. Boleh la nak buat peruntukan untuk bantuan tunai nanti.

Untuk tarikh lahir, ambe gunakan =DATEVALUE(MID(G47,5,2)&”/”&MID(G47,3,2)&”/”&LEFT(G47,2))
Untuk umur, ambe gunakan =YEAR(TODAY())-YEAR(H47)
Untuk jantina, ambe gunakan =IF(ISODD(RIGHT(G47)),”LELAKI”,”PEREMPUAN”)

Nota: G47/H47 adalah no column . G47 no mykad, manakala  H47 tarikh lahir.
Jika ada error, biasanya error di Format Cells. Antara General, Short Date dan Text.

Sumber:
https://www.excelfunctions.net/excel-year-function.html

Leave a Reply