2024.01.12 – Bigboss Turun Selangor

2024.01.12
Bigboss Turun Selangor

Baru sempat nak buat hantaran berita. Sebab nak siapkan jugak poster bersama khat arab/jawi. Hehehe.. In shaa Allah pattern baru untuk setiap hantaran ambe pada tahun 2024 ini. Sekurang-kurang dimartabatkan tulisan arab/jawi dalam posting ambe.

Alhamdulillah, bigboss ambe (ibu dan abah) turun Selangor pada 12 dan 13 Jan baru ini. Nampak susah sangat anak nak balik Kelate, mak ayah maghi lah. Nak melawat cucu-cucu yang operate pada bulan Disember dulu.

Abah ibu sampai di stesen bas Jalan Reko sebelum Subuh hari Jumaat (Subuh lambat sekarang ni). Terus bawak balik ke rumah. Terima kasih juga kepada bonda mertua ambe yang sanggup bermalam di rumah untuk jumpa besan.

Trip ni tak bawak ibuabah ke mana-mana. Duk healing di rumah jah. Ditambah pulak anak sulung abah ibu dari Melaka turun sekali nak jenguk bigbossnya.

Sabtu, ambil EL untuk santuni ibuabah di rumah. Trip ibuabah di Selangor berakhir di stesen bas Jalan Reko jam 9.00 malam.

Terima kasih ibuabah maghi Key El.. hehe.. walaupun hanya gi Kaje jassss…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *