Whatsapp ada satu fungsi, tapi…

Pagi ini, ada seseorang rakan fb mesej tanya pasal status satu mesej yang diforward berkenaan dengan jawatan kosong Imam kat Masjid. Fuhhh… pantas buat kerja ni. Sebab SU baru pun belum keluarkan notis untuk hebahan kekosongan jawatan tu. Jawatan saya lah tu nak dikosongkan, atau ayat mudah, memang saya lah yang perlu kosongkan meja. Hehehe…

Pastu tanya dia balik, rupanya forwarded message tu dah seminggu dalam group WA beliau. Lagi la rasa, wow… pantasnya keluar. Siapa yang bocorkan? Isu integriti di sini. Hehe…

Maka cubalah google apa yang patut. Al-hasilll…

Whatsapp ada satu fungsi, tapi hanya boleh digunakan di negara tertentu sahaja iaitu Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Dominican Republic, France, Germany, Ireland, Italy, Mexico, Nigeria, Peru, Spain, United Kingdom, United States, dan Venezuela. Malaysia tak termasuk.

Fungsi untuk menjejaki asal usul Forwarded Message tersebut.

https://faq.whatsapp.com/1183938229003432/?helpref=uf_share

Leave a Reply