Firman Allah SWT: Setiap yang hidup pasti akan merasai mati…
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali Imraan: 185)
Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (al-Anbiya’: 35)
Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). (al-‘Ankabut: 57)
Apa yang kita ada kat dunia ini sementara sahaja. Semuanya akan musnah.
Semua yang kita miliki adalah ujian untuk kita. Nak tengok sejauh mana keimanan dan ketaqwaan kita. Maka usahlah sombong atau bongkak dengan apa yang kita miliki. Kejap je tu. Rahsia Allah bila kita akan dimatikan, di mana kita akan dimatikan dan masa bila kita akan dimatikan. Kan biasa dengar kan…