Bibliografi Sepuluh Qurra’ dan Riwayat Mereka Yang Masyhur

Reviu Buku Atas Talian.

Buku ini terjumpa bila nak cari berkenaan “Tarajim al-Qurra'” untuk buat buku nota ringkas bagi kegunaan kumpulan pembaca Qiraat jemaah Muslimat Masjid al-Falah USJ 9. In shaa Allah untuk tahun 2018, kami mensasarkan untuk membaca 10 Qiraat secara ifrad (tunggal). Hari ni baca 10 ms riwayat Qalun, hari esok baca riwayat Warsh dengan toriq Azraq pada 10 ms selepasnya. Begitulah seterusnya hingga imam Khalf al-‘Asyir.

Buku ini sepenuhnya bercerita berkenaan bibliografi imam-imam dan rawi-rawi Qiraat 10. Dalam Qiraat 10 ini termasuk Qiraat 7 (Nafi’, Ibnu Kathir, Abu ‘Amru, Ibnu ‘Amir, ‘Asim, Hamzah dan Kisa’ie) dan juga Qiraat 3 (Abu Ja’far, Yaakub dan Khalf al-‘Asyir).

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Kena kenal imam2 dan riwayat2 mereka, baru faham berkenaan Qiraat. Juga bagaimana uniknya ilmu Islam yang bukan berlandaskan akal semata-mata.

Buku ini juga mengandungi gambarajah sanad-sanad setiap imam hingga sampai kepada Nabi Muhammad SAW.

#sapakataimammasjidtaklehajarqiraat
#adaorangberminatkitatunaikan
#sebarkanilmujanasahamakhirat