Tips: Anda ada dua simkad, nak pakai dua Whatsapp?

Seperti yang dimaklumkan, Whatsapp (original) tidak membenarkan dua akaun whatsapp dalam satu handphone yang ada dua simkad aktif. Kot2 satu untuk urusan peribadi dan group2 santai, dan satu lagi untuk urusan kerja dan group profesional. Ada jugak la yang style dua simkad, dua handphone. Masing2 ada sebab masing2.

Saya cuba menggunakan dua cara.

1) Guna apps Parallel Space. Pro dia, bukan setakat whatsapp, bahkan apps lain pon boleh buat dua akaun dalam satu phone. Sebab dia mengklonkan apps lain dan masukkan dalam dia punya apps. Kontra dia, mmg slow dan berat phone. Sebab 1 phone, ada berdouble apps. Tu jer.

2) Guna apps GB Whatsapp. Apps ini dibangunkan oleh orang arab  (rasanya la.. sebab website dia arab saja). Hanya untuk Whatsapp sahaja. Hari ni upgrade v5.80. Pro dia, dia macam Whatsapp (original). Kontra dia, bersedia untuk bersusah2 dalam bab upgrade. Yang lain2 no problem punya. Harap bertahan lama lah. p/s: Okeh, dah jumpa versi omputihnya. Dah tukar linknya.

Simkad 1 untuk urusan rasmi dan peribadi.
Simkad 2 didedikasikan untuk urusan mualaf (setakat ini). Tengah merancang untuk guna nombor ni jer nanti selepas ini, memandangkan ekonomi dan perbelanjaan makin meningkat naik ni. plus GST plak.

Leave a Reply