Talaqqi Al-Quran USIM (bermula 2018)

Terima kasih kepada guru ambe, Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim kerana bagi peluang untuk handle satu kumpulan Talaqqi al-Quran bagi program Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Seorang lagi, tak kurang hebatnya, Sheikh Sudais Malaysia (yang lain), Ustaz Dr Takiyuddin Hassan al-Gemenchehi. Alumni MTAQ Pulai Chondong juga.

Kumpulan ambe seramai 16 orang. 1 orang tarik diri, program masukkan orang lain.

Hj Abdullah, orang Sg Ramal Dalam. Orang pertama khatam dalam kumpulan ambe

Hj Abdullah Hashim, Hj Azam dan Hjh Zauyah (suami isteri), Hj Ruslen, Hj Shukur, Bro Norhafizi, Hj Misbahuddin, Sis Hazwani, Hj Dr Baharuddin dan Hjh Dr Zarinah (suami isteri – Dr Zarinah ganti Dr Ilham) berjaya khatamkan bacaan 30 juzuk. Manakala baki yang lain, Hj Hamdan, Hjh Akibah, Bro Roshidi, Sis Azira, Sis Fazihah dan pn Sheila masih lagi mencari rentak untuk khatam. Awal pogram (2018) semua berjalan lancar, semua baca ikut jadual dan mukasurat. Datangnya covid-19, itulah ujian nak cari pembaca. Ada yang berjaya khatam secara fizikal dan ada yang khatam secara atas talian.

Terima kasih atas kerjasama dan kenangan.

Simpan di sini untuk kenangan.

Hj Dr Baharuddin, pensyarah hebat..

 

Hj Shukur. Orang hebat Bangi. Masa ni sebeblum sampai USIM, memang beli siap2 air mineral, kopi, jajan. Buat hilang mengantuk.. hehe

 

Norhafizi Zamri. Masa ni gi raikan majlis akikah anak beliau di Taman Medan, PJ

 

Ini Dr Ilham. Tak silap kami bertalaqqi di Masjid Raja Muda Musa, Semenyih.

 

Bro Roshidi. Di Masjid as-Salam Puchong. Beliau dah siap pindah lagi dari PPUM sekarang ni. Di mana sekarang pun tak tahu

 

Hjh Akibah sentiasa support. Dia order buku Panduan Ibu Hamil susunan ambe untuk majlis resepsi anak dia kahwin. Terima kasih hajah.

 

Shoplot sebelum masuk ke USIM. Ada orang buka restoran nasi kerabu golok. Nyakkut boh…

 

Hj Azam dan Hjh Zauyah hadir masa kami buat kenduri di rumah
Dr Baharuddin dan Dr Zarinah bersama anak-anak

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *