Alhamdulillah, setelah sekian lama menyeliakan buku-buku dari pihak Jasmin Publication, akhirnya buku-buku tersebut keluar di pasaran. Cari kat MPH Online, tiada. Maknanya hanya untuk pasaran sendiri sahaja.
Buku ini berkenaan dengan persiapan dan persediaan nak jadi ibu. Tapi takde la dalam ni berkenaan pampers mana lebih baik ke.. atau kempen breastfeeding (haha) ka.. hanya berkenaan amalan-amalan dan doa-doa yang sesuai untuk bakal ibu. Bakal ayah pun tidak terkecuali.
Kalau Allah uji dengan sakit, mungkin selain dari berubat cara moden sebagai usaha.. doa-doa juga adalah sebagai ikhtiar. Mudah-mudahan usaha dan ikhtiar tersebut akan lebih lagi meningkatkan keimanan dalam diri.
Buku ini berbicara tentang perihal yang bernama pelajar. Adab-adab mereka dengan ibu bapa, dengan guru, dengan orang sekeliling, dengan rakan-rakan dan lain-lain. Juga dinyatakan berkenaan amalan dan doa2 untuk penerang hati dan sebagainya.
Naskhah ini seperti naskhah2 surah Yaasin dari penerbitan lain.. akan tetapi kami mempelbagaikan lagi pengisian sebagai alternatif baru untuk para pembaca.
Wirid-wirid selepas solat. Untuk amalan sendiri, sebab mungkin ada yang kata wirid nyaring adalah bid’ah. Yang penting kita berzikir dan tambahkan keimanan kita kepada Allah SWT.
Dapatkan naskhah anda di Jasmin Publication.. mereka juga ada buka jualan secara Online.. kalau habis, menyesal.. hehehe…