Alhamdulillah.. tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Hari raya terlama (hehe). Di Malaysia, kita sambut dengan takbir dan mengadakan Qurban (jika berkemampuan). al-Fadhil Ustaz Shihabuddin dalam kuliah Subuh di Masjid al-Falah baru ni sebut.. kebanyakan dari umat Islam BERKEMAMPUAN, tinggal lagi KEMAHUAN sahaja. Malu weii kalau benda2 dunia boleh buat.. tapi benda sekali setahun pun takleh buat. Bukan malu dengan manusia, malu dengan Allah.
Jadi, ambo nak sharelah apa yang berkaitan dengan ibadah Qurban ni. Harap bermanfaat. Sambil2 try embed image direct dari Google Drive.
Rukun Sembelihan
1. Penyembelih
2. Binatang Sembelihan
3. Alat Sembelihan
4. Tempat Sembelihan
Semoga ibadat Qurban/Aqiqah kita diterima Allah. Hukum Qurban adalah Sunat Muakkad – Sunat yang dituntut. Nak buat di kawasan tempat kita tinggal atau sebaliknya, bergantung kepada kita dan niat kita itu. Yang penting, didasari dengan ikhlas kepada Allah. Sebab yang sampai kepada Allah SWT adalah sifat taqwa dan syukur itu, bukannya darah atau kulit atau mana-mana bahagian dari binatang Qurban kita.
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya (surah al-Hajj: 37)
Gambar anatomi dalam badan lembu. Halkum dan urat merit yang mesti putus sebagai syarat sah sembelihan. Gigih dulu ambo google masa nak bentang untuk kursus sembelihan.. (hehehe)
Alhamdulillah.. dapat rezeki untuk banting tulang bersama-sama masyarakat untuk selesaikan urusan sembelihan dan lapah.
Pisau sembelih lembu – Victory – ayah Moi
Pisau sembelih kambing – Victory – ayah Moi
Pisau 2 mata – Tramontina – Kedai kat Pasar Borong Selangor
Pisau sembelih kambing – Tramontina – hadiah dari Pak Abu sebab anak sedara dia nak belajar sembelih
Pisau boning – lapah/leraikan daging dari tulang – Tramontina – Kedai kat Pasar Borong Selangor
Bonus – test pisau Tefal plak.. pisau dapur ka pisau untuk belulang.. hehe
Pisau Jamie Oliver tak masuk dalam list. Milik Pn Dr sepenuhnya.
Pengasah guna batang besi (lupa dah nama dia) dan juga pakai mata pengasah yg ada handle tu.
Beg pisau adalah DIY. Takde dijual di mana2 kedai.