Selamat Hari Guru

SELAMAT HARI GURU!

Guru pertama ambe:
Abah dan Ibu, Mustapai dan Hasmah.
Serta adik beradik dan ipar-ipar yang menjadi cikgu cikgi.

1987-1993
Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Banggu, Kota Bharu, Kelantan. Antaranya cikgu Aini, cikgu Rozani, cikgu Zainun, ustaz Yusof, cikgu Nik Sukar Shahrani, cikgu Shahiran, cikgu Rosli dan lain-lain yang tidak tersebut namanya.

1993-1999
Guru-guru di Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat, Pulai Chondong, Kelantan. Antaranya ustaz Nazaruddin, cikgu Zain, ustaz Amin, ustaz Silmi, ustaz Lukman, ustaz Nik Omar, ustaz Mansor, ustaz Nasir, cikgu Imran, cikgu Nazari, ustaz Uthman, ustaz Zailan, ustaz Suhaimi, ustaz Aubaidillah, ustaz Rohaidi, cikgu Addinas, ustaz Lokmal Hakim, ustaz Nubli, ustaz Wan Shamsuri dan lain-lain yang tidak tersebut namanya.

1999-2000
Guru-guru di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru, Selangor. Kat sini ramai guru yang terlupa namanya sebab singkat sahaja. Ambe masuk sebagai pelajar muadalah MTAQ dengan DQ untuk Diploma JAKIM. Jadi, datang sini sebulan sebelum exam sahaja. Habis exam, terus balik kembali ke Kelantan. Yang nama-nama diingat ustaz Othman Hamzah (pernah jadi panel temuduga untuk tauliah MAIS), ustaz Nazri (ada beli buku qiraat beliau), ustaz Tahir (pernah jadi PTA di PAID Petaling) dan lain-lain yang tidak tersebut namanya.

2000-2003
Guru-guru (masyayeikh) di Maahad Qiraat Shoubra, Kaherah, Mesir. Antaranya syeikh Abdul Rahim, syeikh Mohd Abdul Nabi, Syeikh Judah, Syeikh Redha, Syeikh Hassan dan lain-lain. Serta para asatiazah abang-abang senior yang mengajar di Dewan Ibnu Jazari, Dauran Shoubra.

2003-2008
Pensyarah di Kuliah al-Quran dan ilmu-ilmunya, Universiti  al-Azhar, Tanta, Mesir. Antaranya Dr Sami, Dr Karim dan lain-lain pensyarah yang tidak tersebut namanya. Dah tak ingat nama-nama pensyarah yang lain. Huhuhu.

2009 (tak habis)
Pensyarah di Jabatan al-Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Antaranya Dr Sabri, Dr Fadlan, Dr Odah, Dr Asmadi, Dr Faizul Amri dan lain-lain yang tidak tersebut namanya.

Terima kasih atas segala ilmu-ilmunya. Mohon dihalalkan segala salah dan silap.
Ambe doakan semua guru-guru ambe diberkati dan dirahmati Allah serta digolongkan dalam golongan Siddiqin kerana menyampaikan ilmu-ilmu yang benar dan bermanfaat, Alhamdulillah.

Jika tidak kerana guruku, tidak akan aku kenal Tuhanku.

Walaupun ambe tidak direzekikan untuk berprofesion guru, tapi Alhamdulillah, dapat juga bergelar guru kepada para pelajar mualaf yang bernaung di Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) Masjid al-Falah USJ 9. Serta diberikan peluang untuk baca kitab di slot Kuliah Maghrib di Masjid Jamek Pekan Kajang. Ada la beberapa attend untuk interview guru KPM, tapi tiada rezeki di sana.

guru-guru ambe di MTAQ Pulai Chondong. Kredit gambar Nik Mohd Kifayatullah (fb). https://www.facebook.com/kifayatullah.kifayatullah.5264/posts/pfbid025mzsXJffQLX94ER224ow85ac5oVLXWZpoBwJiEDZ4hx4QJTSjuKjwg7t149cS4r7l?__cft__[0]=AZU_gzj68mGOuxrUrEyPnUJhYiVy5V8oUfZkDaDD0cbQEPYybrC11SZ992spUI3NlLpXUgZrqi0AWKs0e8lu12zGcu7YuaFkARhMhM5hUreV00asfFxpSDXgO9wHFnTrVQiA_WpPDGaMUbHAJ4XY6CLTb3i2c36mQ7saVuj_uSQTX-7VJcoYFTvO7BXRnuHZdKU&__tn__=%2CO%2CPH-R

Leave a Reply