Review Kitab: المستنير فى تخريج القراءات من حيث اللغة، والإعراب، والتفسير

Nama kitab: المستنير فى تخريج القراءات من حيث اللغة، والإعراب، والتفسير
Pengarang: الدكتور محمد سالم محيسن رحمه الله

Kitab ini saya banyak gunakan dulu semasa belajar di Kuliah al-Quran Tanta bila mana diminta oleh Dr Sami atau Dr Karim untuk buat bahas berkenaan dengan Qiraat Ilmi dan juga berkenaan dengan Takhrij Qiraat.

Takhrij Qiraat adalah mengeluarkan dan membahaskan wajah-wajah Qiraat yang khilaf dari segi Bahasa (Lughah), susun atur Nahu (i’rab) dan juga Tafsir. Kitab ini teramat bagus untuk mereka yang belajar berkenaan Qiraat. Takde lah asyik baca wajah-wajah khilaf jer, kurang-kurang tahu lah kelebihan dan maksud di sebalik khilaf tersebut.

Wajah: bukan muka kita tu.. akan tetapi cara bacaan qiraat
Khilaf: perbezaan bacaan pilihan setiap imam dan rawi

Buku ini saya gunakan sekarang ini untuk kumpulan Qiraat Warsh Muslimat Masjid al-Falah USJ 9. Selepas baca, atau ketika membaca dan jumpa wajah-wajah khilaf antara riwayat Warsh dan Hafs ‘an ‘Asim, saya akan ringkaskan taujih setiap wajah bacaan. Mudah-mudahan bermanfaat in shaa Allah.

Saya cuba search untuk muat turun kitab ini, akan tetapi hanya jumpa satu sahaja dan hanya jilid ke-3 sahaja yang ada. Minta maaf ya.

Koleksi kitab tulisan Dr Muhammad Salim Muhaysin.
Atau boleh browse laman web beliau.

Leave a Reply