Review: الثمر اليانع فى رواية ورش عن نافع

Nama kitab: الثمر اليانع فى رواية ورش عن نافع
Pengarang: توفيق إبراهيم ضمرة

Kitab ini diberikan kepada saya untuk digunakan dalam kumpulan talaqqi riwayat Uthman bin Sa’id (Warsh) di Masjid al-Falah USJ 9. Sebetulnya, ini kali pertama berjumpa dengan kitab ini. Syukur Alhamdulillah.

Seperti biasa, di pendahuluan, pengarang menyatakan manhaj/metod penulisan beliau. Buku ini hanya menerangkan berkenaan qiraat riwayat Warsh sahaja tanpa melibatkan riwayat atau imam lain. Kadang2 beliau meletakkan dalil2 dari matan Syatibi sebagai hujjah dalam penulisan beliau.

Dalam bab usul qiraat Warsh, beliau hanya menerangkan secara ringkas dan mudah berkenaan usul riwayat Warsh. Akan tetapi dikuatkan dengan dalil dari matan Syatibi.

Manakala di farsh, beliau buat jadual dengan meletakkan cara bacaan riwayat Hafs di sebelah kanan, di tengah2 dinyatakan cara bacaan khilaf dan seterusnya di sebelah kiri, ditulis tulisan al-Quran cara bacaan Warsh. Tak semua wajah beliau masukkan. Seperti tarqiq ra’, talghiz lam dan sebagainya.

Sekian.

Buku ini boleh didapati secara atas talian di Archive.org

Selamat membaca, dan selamat beramal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *