Ambo sentiasa gunakan Google Meet untuk kelas atas talian (online) ambo dengan student Muallaf. Kelas Fardhu Ain Muallaf (KFAM) namanya. Kelas berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Kelas percuma sahaja bahkan ada elaun kehadiran pulak siapa yang hadir. Baik kan LZS? Itu semua duit pembayar zakat yang membayar kepada LZS.
Satu masalah bila guna Google Meet ini adalah, video di laptop Ambo ni sokmo (sentiasa) dalam keadaan Mirror. Bukan paparan hok betul. Ambo gunakan Logitech Webcam C920 sebagai camera portable untuk bagi alternatif selain dari webcam yang ada di laptop ni. Kalau portable, boleh la suluh ke mana-mana. Kalau webcam kat laptop ni, takkan nak kena angkat screen kot. Hahaha…
Rupanya, bila digoogle, masalah ini hanya untuk presenter sahaja. Untuk yang menonton streaming tersebut semuanya dalam keadaan paparan yang betul, bukan mirror lagi. Cuma letih la kalau presenter jenis mengajar nak kena suluh buku… nak tengok buku atau nak tengok screen. Tengok buku, nak kena ngam2 ngan camera, nak tengok screen, mirror la plak.
Jadi, ambo jumpa satu penyelesaian. Iaitu guna extensions untuk Chrome. VideoMirror oleh Steven K.
Selain itu juga, ada extensions yang offer kita tak perlu tekan admit untuk sesapa nak join Google Meet kita. Dia auto join. Ini bagi yang buat kelas la. Kalau meeting, of course la kena admit sebab entah sapa2 yang join kan.. Maklum la kan, meeting projek biliyun punya. Syarikat Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga Holdings.