Menyantuni Pengurusan Jenazah Pn Hjh Siti Zulaikha, Bonda Tn Hj Jalal (USJ 6)

2024.03.30
Menyantuni Pengurusan Jenazah Pn Hjh Siti Zulaikha, bonda Tn Hj Jalal (USJ 6) (ahli Koperasi MAF) (Pembekal Nenas kepada keluarga kecil kami, hehe)

Hari Sabtu, 30hb Mac bersamaan dengan 19 Ramadan, ambe, Pn Dr dan anak-anak keluar ke Lotus Saujana Impian untuk cari barang keperluan harian (barang raya belum lagi). Dalam jam 4.30, Hj Jalal WA:

Duka cita di maklumkan ibu tercinta kami tiada lagi jam 3.25ptg tadi.

Jenezah masih di Batu 10 Ceras Kajang

Masa ni tak bagitahu lagi Pn Dr, sebab bercadang nak gi melawat seorang diri sahaja nanti. Dah siap shopping dalam jam 6.30, baru bagitahu dia tentang berita tu. Nak hantar dia dan anakĀ² balik rumah dahulu, baru ambe gi ke sana (Batu 10 Cheras) sebab Hj Jalal maklumkan solat jenazah in shaa Allah selepas Maghrib. Tapi dia nak join juga sebab nak jumpa hj Jalal dan keluarga. Kami dengan hj Jalal ni, banyak jasa beliau kepada kami sekeluarga.

Sampai di sana, ada baki 10 minit lagi sebelum maghrib. Hujan belum mula turun. Singgah gerai sebelah masjid dll beli makanan dan minuman berbuka puasa (tak merancang duduk lama sebab dimaklumkan solat jenazah selepas Maghrib kan). Sebelum Maghrib, hujan mula turun dengan lebatnya.

Rupanya, Masjid Batu 10 Cheras nilah sebelah pusat pelupusan al-Quran ambe tulis sebelum ni. Hahaha.. singgah solat sahaja, tak tahu nama masjid. Meriah juadah berbuka puasa mereka di masjid.

Mee kari ada, kuih-uih ada. Makan ringan dulu sebelum solat. Selepas solat, kari kambing menunggu

seronok tengok meja kaunter zakat masjid ni. Siap alas guna banner khas zakat. Boleh la nak buat.. Tapi serah pada ketua lah kan.. karang kata nak jadi ketua pulak.. Hahah
Bila anak sendiri main dalam masjid, terkedu beb… tapi dia tak main masa orang solat. Masa ni tengah rehat tunggu masuk waktu Isyak.

Alkisahnya, jenazah tak dapat nak dimandikan selepas asar dan disolatkan selepas Maghrib. Jadi, proses mandi dan kafan bermula selepas solat Maghrib dan berbuka puasa. Alhamdulillah, selepas solat terawih 8 rakaat, jenazah selesai disolatkan. Solat terawih di sini, guna imam masjid, dan baca surah al-Qadr setiap rakaat pertama dan surah lazim lain rakaat seterusnya. Sama macam balaisah ambe masa kecik dulu. Hehehe…

Stretcher dibawa masuk ke bilik jenazah
Inilah dipanggil penumpang seorang, pembawa ramai
Cucunda sendiri yang imamkan solat jenazah
Kenderaan terakhir
Teknik gali dan kambus tanah kubur kat sini adalah.. sebelum gali, dibentangkan sekeliling kubur kanvas, dan diletakkan tanah atas kanvas tersebut. Bila jenazah dah dibawa turun, hanya tarik kanvas sahaja. Tak perlu gunakan cangkul. Cuma perlukan ramai pemuda-pemuda lah untuk buat teknik ni.
Hj Jalal minta untuk ambe baca Talkin. Alhamdulillah, semoga bermanfaat dan semoga Almarhumah diampunkan segala dosanya.
Perjalanan hidup nenda Pn Hjh Siti Zulaikha tamat di sini. Kami yang hidup kena teruskan hidup menunggu saat kami pula.

Takziah dari kami sekeluarga untuk Tuan Haji Jalal sekeluarga, bersama dengan Tuan Haji Aziz dan kaum kerabat yang lain. Selain dari Tuan Haji Jalal dan Puan Hajah Faridah, ambe kenal Muhammad (almarhum) dan isterinya (pelajar mualaf ambe), anak-anak dia yang serta anak saudara dia yang kerja di LZS, juga sebagai eksekutif ambe di bahagian pendidikan mualaf LZS.

Leave a Reply