2023.06.14
Hari ini, berkesempatan jua untuk pergi ke Wangsa Maju untuk hantar laptop Pn Dr kesayangan dan juga laptop tuan Bilal hensem untuk diservis. Laptop Pn Dr (DELL), cadangannya untuk tukar SSD dan tambah RAM bagi menambahkan kelajuannya. Plan seterusnya nak survey harga jika sesuai untuk di’tolak’. Hehe.. Manakala laptop Asus tuan Bilal encem ambo, nak tukar SSD memandangkan tahap ke’slow’annya masa start-up mengalahkan siput ‘babi’.
Apabila dah dibuka, rupanya laptop tn Bilal encem adalah RAM onboard dan hanya bersaiz 2GB sahaja. Maka, beliau tolak untuk peringkat seterusnya. Jadi tetap begitulah laptopnya.
Kedai laptop ni diperkenalkan oleh adik ipar ambe yang encem. Kawan se’Modelista’nya. Sebelum ni duk hantar kat kedai laptop dekat rumah tapi owner bukan Melayu lah. So far, berpuas hati dengan servis yang beliau buat.
Hantar kat en Olie ni sebab hardware sahaja – skrin tak berfungsi, laptop tak hidup. Manakala untuk software, ambe wat sendiri. Nak minta tolong ambe watkan pun boleh.
Zealforce Technologies
Tingkat G, Medan Idaman Business Centre,
Wangsa Maju, KL.
facebook: Zealforce Technologies
Dalam Medan Idaman tu jugak, banyak kedai phone… hahaha…