Hari #241/2017: Sua Mata dengan Ustaz Amin

Hari #241/2017: Sua Mata dengan Ustaz Amin

Hari ni Alhamdulillah, direzekikan bersua dengan bekas guru masa belajar di Maahad Tahfiz al-Quran Pulai ChondongUstaz Wan Mohd Amin Wan Yusof. Hok ingat pasal Ustaz Amin ini ialah beliau adalah seorang yang kelakar dan suka berjenaka, dan beliau pernah mengalami satu kemalangan yang boleh dikategorikan sebagai dahsyat sebab melibatkan patah. Alhamdulillah, tengok tadi sihat walafiat.

Datang KL bersama keluarga untuk iring anak sulung (lelaki) lapor diri kat UKM. Dia kawin kalau tak silap masa di kami belajar dulu. So, anaknya berkemungkinan berumur 17 ke 18 tahun. Hehehe.. lupa nak interview pasal anak tadi.. sebab Ustaz royat anak hok sulung jah…

In shaa Allah, bersua lagi kita.

Terima kasih juga kepada Tuan Haji Cikgu Husin kerana sudi menerima saya sebagai tetamu pada malam ini. Hari ni baru dekat sungguh dengan Tuan Haji. Biasa sapa menyapa di Masjid al-Mukminun gitu2 aje.

Access Token not set. You can generate Access Tokens for your Page or Profile on fb.srizon.com. After generating the access token, insert it on the backend

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *