Hari #228/2017: Sudah lama tidak mencoret

Kalau masuk hari ni, lebih kurang seminggu dah tak de post baru kat my blog ni. Al-maklumlah, al-wajibatu aktharu minal awqaat.. hehehe..

Jumaat 11hb, ikut program jatidiri Jakim kat putrajaya. Soalan pertama dari panel, apa yang awak baca hari ini. Isu apa… masa tu mmg tgh panas isu kabinet meluluskan RUU 164 pasal undang2 kekeluargaan muslim ngam non-muslim.

Pastu ditanya pasal waktu. Kenapa waktu solat kita boleh buat on-time, akan tetapi bila datang program camni, mmg xleh on-time. Berkrik2 jer la.. har3…

Pas jumaat, amik awal adam sebab nak prepare untuk #uncleben punya convo kat Kemaman, Terengganu.

Kami gerak dari USJ dalam jam 10.30 dan tiba di homestay Ammara kat Kemaman dalam jam 1.30pg. Driver switch kat Maran. Tak larat nak teruskan.

Sabtu: #uncleben punya majlis raptai. Terus checkout sbb homestay tu dah ada booking lain, singgah sarapan kat kedai makan Sri Timur. Ada roti canai, laksa, nasi minyak, nasi kerabu, nasi lemak dll. Kami makan nasi kerabu, nasi minyak, laksa dan 2 roti canai serta kerepok lekor rm2 dan kuih pau goreng. Jumlah RM23 termasuk air. Murah dan sedap.

Lepas hantar #uncleben kat Adtec, kami meneroka Kemaman. Berapa kali lalu Mini Zoo Kemaman. Tapi tak singgah sebab kami datang untuk raikan convo #uncleben. Hehehe…

Dapat peluang untuk menziarahi Cuka, adik perempuan ibu. Seorang cikgu yang berdedikasi. Dulu masa beliau sekeluarga duk Kajang, rumah beliau tu ambo buat macam rumah ambo sendiri dah.. hehehe.. Terima kasih atas layanan dan makan tengahari. Juga perlawanan Monopoli yang baru di peringkat muqaddimah. Hahaha.. in shaa Allah, ada peluang bersua lagi ngan Cuka, Cunan, Aiman, Ee dan Naufal.

Selesai rumah Cuka, plan asal nak ke KT. Tapi memandangkan keadaan cuaca tak mengizinkan, kami pusing2 kawasan Chukai dan jumpa satu kedai kain bumiputera, Arniza Hanim. Tunaikan hajat ayah untuk carikan baju kaftan untuk ummi. Sambar juga dua kopiah kaler hitam dan putih.

Masa dalam kedai tu, hujan dah mula lebat. Terus ambil #uncleben kat Adtec, solat Asar kat sana (siap kena tolak jadi imam lagi.. hehe), terus check-in homestay baru, homestay Hj Yusuf kat Kg Mak Chili.. baru perasan clip mic surau ada kat baju lagi… huhu.. syukur jarak ngan Adtec 15min jer…

Selesa ngan homestay kedua ni!

Sebab rumah luas, bersih.. harga boleh nego dan ia dekat ngan tempat makan. Sebelah pagar jer.. hahaha..

Idris nak susu..

TBC.. har3

Access Token not set. You can generate Access Tokens for your Page or Profile on fb.srizon.com. After generating the access token, insert it on the backend

Leave a Reply