Sudah lama cik Alza tak masuk bilik Muhasabah. Teringat nak bermusafir seminggu dua ni, buatlah temujanji dengan bilik Muhasabah yang berdekatan. Ufirst kata, kat sini lah yang paling dekat. Dah banyak kali datang sini, so far ok lah. Sini dealer sahaja, bukan branch. Orang kata, kat dealer mahal sikit la… Tak tahu iye ke dok, tapi rasanya macam sama jer harga dia.. kat satu branch tu lagi sedih, hantar masuk cik Alza (dengan temujanji) jam 10, jam 5 baru dia keluar. Lama sungguh muhasabah beliau. Banyak kot dosa-dosanya tu.
Hari ni in shaa Allah berhabis lebih 1k. Beli kereta, kena la bersedia untuk servis dan juga minyak keretanya. Kalau beli kereta tapi tak bersedia untuk servis dan minyak, itu namanya kereta tolak. Tayar dah botak, brake-disc dah nipis (sama nipis ngan kek poket ni ha… hahaha), bulb lampu depan terbako (sabo jer la), lampu brake ketiga pon terbako, wiper belakang pon dah keras (tak amalkan tips bila parking, sila angkat wiper anda) dan lain2.
Maka, itulah makannya.
Sat, nak pikir. Nak makan apa tengahari ni…
Camne nak check hari ni hari keberapa tahun ini?
Check di sini.