01 Feb 2023.
Alhamdulillah, selesai juga isu kepanasan yang dilontarkan oleh anak-anak. Kipas siling dari tahun 2014-2022 dah tak pusing. Rosaknya dari akhir tahun lepas lagi. Tahun baru baru ada kesempatan. Mula-mula beli capasitor – ikut tips di internet bila kipas slow – tapi tak hidup jugak. Alang-alang keluar dating ngan girlfriend sempena beliau cuti Hari Wilayah (1 Feb), terus singgah kedai letrik sambar 1 kipas murah. Jenama Alpha takde. Yang ada jenama Cahaya sahaja. Macam tak kena, ni kipas bukan lampu. Hahaha…
Rupanya kalau kipas dah tak pusing, capasitor dah takde fungsi. Itu motornya yang rosak. So tinggal 1 cara sahaja – let it goooo.
Alhamdulillah, tangan ni mampu lagi untuk pasang kipas. Ini kali kedua pasang kipas sendiri. Kali pertama, bapa mertua minta tolong pasangkan. Dah kahwin dengan anak dia, kena la jadi menantu yang baik kan… Cuma yang tu ada ayah tolong sampaikan. Yang ni, buat solo… semua kena bermula dari tangga 1.
Jom, ambo belanja video. Lama tak mengusik PowerDirector. Sejak kena serangan virus .vvew, terus malas nak main dah.
Pasang kipas, on.
Kipas satay, pun on.
Kipas orang (ampusana ampusini), sorry…