Discontinued Software

Ada banyak software yang dah tidak ada sekarang. Mungkin ada digunakan, tapi tidaklah sefamous masa mereka tengah di atas dulu.

Antaranya MiRC, Yahoo Messenger, Yahoo Groups, Yahoo Geocities dan lain-lain sesuai dengan peredaran masa. Myspace, friendster tu pun antaranya lah. Blogdrive pun dah kurang popular kalau nak dibandingkan dengan blogspot atau wordpress. Bahkan ada yang mampu, beli domain .com atau .my dan sebagainya. Tepuk poket tanya keperluan je. Kalau bab download, dulu-dulu guna infra-red, disket, dah lupa dah software yang download dari pc orang ke pc kita di samping MiRC. Bukan torrent. Aha.. p2p system…

Pastu kalau bab flash, ambo sapa loni takle nak hadam adobe flash tu. kemudian ambo jumpa alternatif untuk flash, iaitu Swish. Swish ni la ambo guna untuk design CD Cakera Mawaddah Tanta masa ngaji kat sana dulu. Dia seperti flash, tapi dia macam set lengkap dah.. bukan manual macam flash.

SwishMax 4

SwishMax dah discontinued pada tahun 2016. Sama juga dengan satu lagi software dia Swish 3.0.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *