2024.10.29
Golf Challenge Trophy 2024
anjuran Masjid Al-Falah USJ 9
Tasik Puteri Golf & Country Club (https://maps.app.goo.gl/wz1gQVxNS3Zwqaik9)
Dipilih oleh pihak Masjid untuk jadi jurugambar dan juruvideo untuk satu kejohanan pertama anjuran masjid. Banyak kisah yang berlaku sebelum sampai ke sana. Alza rosak, pinjam Preve ayah. Lalu plaza tol, tak jumpa kad TnG. Lupa boleh guna myKad tapi baki 0.00. Bila nak bayar kat laluan tambah nilai, cashier kata: Hari ni free bang. Hahah… Deepavali. Sampai di lokasi, kereta pula terkunci dan kunci kereta kat dalam. Dah la belum sempat bawak keluar DSLR, phone khas nak ambik gambar, GoPro, termasuk juga kasut. Lagi satu drama kat situ. Syukur bawa keluar sekali phone, boleh la wat ghaso-ghaso ambik gambar. Terpaksa delivery khas dari USJ bawa kunci guna Grab. Terima kasih ummi dan balqis.
Sebagai sekretariat, dapat baju dan topi sudu. Dapat juga satu buggy sebagai jurugambar.
Seronok jumpa buah kelapa sawit. Yang ingat masa gi buat lawatan sambil belajar ke kilang kelapa sawit kat Kuala Krai masa duk MTAQ Pulai Chondong dulu. Hehe…
Golf Challenge Trophy 2024
anjuran Masjid Al-Falah USJ 9
29 Oktober 2024
Tasik Puteri Golf and Country Club
Tiktok: https://www.tiktok.com/@muhammad.hakimi.m6/video/7432715824701476112
Berita: https://masjidalfalah.com/2024/10/31/2024-10-29-golf-challenge-trophy-2024/
Gambar dan Video: https://golf2024.masjidalfalah.com
@muhammad.hakimi.m6Studio Al-Falah Golf Challenge Trophy 2024 Antara Masjid dalam Subang Jaya 29 Oktober 2024 Tasik Puteri Golf and Country Club
Agak-agak boleh jadi professional photog ka? Hahaha…
Spek hitam hadiah dari kedai Optometrist Anda dah jadi kenangan. Tak tahu kat mana tercicir masa pandu buggy tu. Dah maklum kat manager, tapi tiada ada respon. Kira takde rezeki lah kot…
[…] sebelum ke lokasi program. Dari USJ, ambil grab sahaja sebab mata mengantuk keletihan layan golf (https://hakiminur.com/2024-10-29-sertai-trofi-kejuaraan-golf-sebagai-jurugambar) semalamnya. Grab dari USJ, dapat driver Melayu, 20 minit perjalanan dengan rm27. Balik dari […]