2024.09.24 – Urusan brek di Kamaruz

2024.09.24
Urusan brek di Kamaruz
Prima Saujana, Kajang.

Terima kasih kepada abang Kamaruz sudi selesaikan masalah brek kuda ambe. Major workshop beliau adalah penyaman udara, namun dah mula untuk libatkan diri dalam komponen lain. In shaa Allah kita support.

Ini adalah kali ketiga kalau tak silap.

Pertama, masalah compressor aircond dan juga alternator. Kisahnya bermula, memang dah lama aircond macam tak fungsi. Tapi sabarkan diri sebab duit kan. Tapi ada beberapa kali asyik mati jer bila berhenti, rujuklah perunding kereta ambe kat Kajang. Kalau kat USJ, perunding ambe en Muin (workshop yang pernah viral dulu kat USJ). Ambe duk ingat sebab aircond lah, effect pada enjin. So buatlah untuk kali pertama. Siap, bawak balik. Esoknya gi masjid, balik diuji kereta breakdown kat Lebuhraya Persekutuan, bawah signboard Honda tu. Syukur bateri phone banyak, so boleh tarik perhatian princess. Syukur juga, awal renew insurans, jadi boleh gunakan towing perodua untuk bawa balik Kajang. sedap jugak la balik naik lori towing. Hahaha… Bila check balik, rupanya alternator. Sebab bateri baru tukar bulan 4. Itu pun kisah jugak, sebab kami balik Kelantan dan gi jalan-jalan ke pasar Siti Khadijah. Nak balik, kereta takleh start. Masalah pertama ini, kos dia agak tinggi. Terima kasih kepada pihak LZS kerana luluskan permohonan ambe untuk asnaf Gharimin. Separuh dari kos, LZS bayar.

Kedua, rujuk abg Kamaruz sebab isu power steering. Minyak power steering asyik kering dan masa nak start, memang bunyi ketung ketang. So beli sendiri dulu minyak power steering, try kat rumah. Malam ni isi, malam esok kering balik. So rujuk abg Kamaruz kat mana boleh hantar. Dia kata, dia boleh buat. Ini dah bagus. Boleh support perniagaan orang Melayu Muslim. Bila check, rupanya paip power steering tu bocor.

Ketiga, kuda ambe time brake, asyik berbunyi sahaja kat tayar. Ingatkan tayar depan, so beli siap set brake disc dan brake pad jenama TRW. Ambe orang Kelate, sokong TRW (bola). Walaupun syarikat TRW brake disc ni tiada kaitan dengan bola, kita try lah. Campur baca review kata bagus. Siap pasang pun, masih berbunyi lagi. Hantar balik kat dia untuk tengokkan. Boleh jer hantar ke workshop lain yang berdekatan, tapi hati duk kata, jom sokong ore kito. Abg Kamaruz ore Ganu. Nak buat tayar belakang, pomen-pomen muda (Haikal, Ajmal dan sorang lagi) tak pandai. Kena tunggu otai mereka, abang Ja’a (Azhar rasanya) datang. Sekali dia buka, pergh, jatuh selai-selai spring dalam tu. Rupanya pad dah takde, tinggal besi jer. Maka bermulalah tukar brake belakang pula. Siap 6.30 ptg, duty Maghrib. Waduhhhh.. jemmm… (memang jem pun, sampai bilal upgrade jadi imam.. haha)

Itulah pengalaman…

Dengan workshop lain pun ada pengalaman juga. Boleh jadi pengajaran untuk masa hadapan.

Terima kasih abg Kamaruz and team.
Selamat maju jaya.
Semoga terus dikurniakan kejayaan dan kemudahan untuk bantu orang lain.