2024.08.15 – Jalan ke Putrajaya

2024.08.15
Jalan ke Putrajaya
Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri, Putrajaya

Setelah beberapa minggu, amanah terperap di meja kerja sahaja. Hari ni, buat keputusan untuk menunggang ke Putrajaya memandangkan fikir pasal kesesakan jalan raya dan juga tempat parkir kereta. Teringin juga nak menempah Grab, tapi poket pun tak berapa nak tebal. Dengan doa dan tawakkal, mulakan perjalanan dalam jam 9.15 pagi. Bergantung sepenuhnya kepada Waze sebab sudah lama tidak masuk ke dalam negeri Putrajaya. Paling banyak pergi pun, ke IOI City Mall sahaja. Sebelum Covid, pernah la beberapa kali ke sana untuk dengar Puan Rosilawati mengaji. Jumpa dengan achik Suryana pun, lama sangat dah. Alhamdulillah, 9.45 pagi sampai pos pengawal. Orang masih lagi belum ramai. Ambil pas pelawat, masuk ke dalam.

Ambe ke Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri untuk urusan pengesahan dokumen untuk sepupu ambe, Widad untuk dia sambung ngaji ke luar negara. Untuk rujukan prosedur, boleh tengok kat sini (https://www.malaysia.gov.my/media/uploads/971e0e4c-da24-4a4a-a0a1-e1918b6e39f2.pdf).

Masuk bangunan dia, belok kiri. Terus ke kaunter nombor. Beratur sekejap, pegawai kaunter akan semak dokumen sebelum bagi no. Telefon MOCC, dia kata, kalau wakil, kena bawa salinan Mykad pewakil dan yang mewakilkan. Tapi tadi, dia tak minta pun. Takpe, yang penting, kita sediakan. Puas hati, pegawai bagi no. 5055.

Masuk dalam ruang kaunter operasi, masih banyak kerusi kosong. Mungkin awal lagi. Tak sempat nak duduk, terus naik no 5055 @kaunter 5. Dalam hati, wahhhh pantas sungguh. Rupanya kaunter 5 hanya serahan dokumen sahaja. Kena tunggu panggilan seterusnya untuk pengambilan dan pembayaran dokumen. Adalah dalam 30 minit – 1 jam juga menunggu. Siap, terus ca-alif-ba-wau-ta. Selesai amanah. Tinggal nak pos ke Kelate pula esok in shaa Allah. Terima kasih Suza atas hadiah. Boleh jadi runner la pasni. Hahaha.

Selesai ke Putrajaya hari ini. Alhamdulillah.