2024.08.11 – Ajar anak-anak melihat alam

2024.08.11
Berkhemah bersama keluarga
Sg. Congkak, Hulu Langat, Selangor

Alhamdulillah, Allah rezekikan kelapangan urusan dan cuaca yang baik untuk melayan permintaan Pn Isteri yang nak “healing” kat sungai. Pilihan utama adalah Sg Congkak. Ingat nak check-in kat Chalet Pak Akob, tapi penuh saje, maka proceed untuk masuk kawasan Chongkak Park & Resort kat depan dia sikit. Rupanya dalam tu dah tak ada chalet dah.. dia kira open space sahaja. Bawa sendiri khemah kalau nak pasang khemah. Bawa masuk kereta RM15, dewasa RM3 seorang manakala bawah 12 tahun, percuma. Air sungai berkeruh, mungkin sebab hujan. Orang juga agak ramai, dan kami park kat mana sesuai jer. Tak boleh nak cari space strategik sebab terhad. Tak lama pun di sana, sebab dalam jam 12 hujan dah mula turun. Makan pun, hanya sebungkus nasi lemak gilir-gilir suapan Pn Isteri. Balik dari sana pun, seperti biasa, berchenta dengan traffic jam. Hahaha…

Program kami ni, Adam tak ikut. Dia ikut rombongan sekolah dia ke Banting untuk program Astrofiqh 2.0. Semoga menambahkan ilmu beliau dalam bidang astronomi. Solat pun duk saf pertama. Alhamdulillah.