2024.06.27 – Jumpa Ustaz Nazaruddin

2024.06.27
Jumpa Ustaz Nazaruddin Jalaluddin
Guru Al-Quran
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat,
Pulai Chondong, Kelantan
1993

Hari ni, 26hb Jun, princess ambe ada appointment tahunan beliau kat Klinik Kesihatan Kajang. Jam 9.30 dah ambil no giliran. Macam biasalah, kat KK ni, ramai orang.

Sambil-sambil tunggu no naik, duk tengok FB. Tengok kat FB ustaz Naza (https://www.facebook.com/nazaruddin.jalaluddin.7), dia duk cerita dua orang senior ambe, Piqar (Dr) dan Abe Nik (pun Dr) gi ziarah dia di Bandar Teknologi Kajang. Jarak rumah tu dengan KK ni hanya 12 minit jah. Terus komen kat status tu, minta dia WA ambe nak tahu lokasi. Alhamdulillah, respon positif dari ustaz.

Habis urusan kat klinik, layan princesss makan dulu. Terus ke rumah ustaz.

Maka, bertemulah anak murid dan gurunya. Lama tak jumpa ustaz. Sejak tamat belajar ka Pulai Chondong, terus tak jumpa ustaz. Dari umur 18 tahun hingga 4series ini.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Gambar-gambar ini, ustaz Naza share dalam FB beliau (https://cl.gy/xGYrD). Happy dia dapat jumpa anak-anak murid dia. Dia duk tunggu Gen-94 mari ngadap. Hehe. Dia cerita ada jumpa Wan Nuruddin 9330 kat Bangi.