2024.06.10
Teori dan Praktikal Haji dan Umrah
Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM)
Masjid Al-Falah USJ 9
Bersempena dengan ketibaan bulan Dzulhijjah iaitu bulan Haji, ambe buat 3 siri khas pengisian teori dan praktikal Haji dan Umrah untuk pelajar-pelajar mualaf ambe di Kelas Fardhu Ain Mualaf (KFAM) tempat ambe berkhidmat, Masjid Al-Falah USJ 9. Dalam poster di atas, ambe menggunakan tema Sdr Teme Abdullah yang selalu gunakan filter “twirl” untuk wajah beliau kepada palajar ambe. Hehehe. Bukan apa, pelajar ambe ni perlu dirahsiakan untuk alam maya. Kalau nak jumpa, ahlan wa sahlan sahaja.
3 sesi pengisian. 2 teori dan 1 paraktikal. Tunjuk juga cara berpakaian ihram untuk lelaki dan juga larangan semasa ihram selepas berniat. Semoga ambe dan mereka semua serta para pembaca semua direzekikan Allah untuk tunaikan haji atau umrah selepas ini, in shaa Allah.
Dalam sejarah ambe bersama mualaf, ada seorang pelajar lelaki yang Alhamdulillah telah terpilih mengerjakan haji bersama dengan bro Faiq. Kemudian ada seorang pelajar perempuan yang terpilih tunaikan umrah percuma bersama dengan sebuah NGO, tapi takde rezeki ke sana.
Semoga segala ilmu yang ambe kongsikan dengan mereka bermanfaat. Kalau ada yang nak bertanya pasal KFAM ni, boleh aja tekan link ini (wa.hakiminur.com).