2024.06.08 – Selamat Menyambut Hari Lahir

2024.06.08
Selamat Menyambut Hari Lahir

Selamat hari lahir! (kepada sesiapa yang menyambutnya.. hehe)
Happy birthday!
Sanah helwah!
生日快樂
สุขสันต์วันเกิด
பிறந்தநாள் வாழ்த்துக்கள்

Kelas Mualaf pada Sabtu, 8hb baru ni, kami buat khusus di rumah sahabat kami yang kehilangan suami beliau. Sambil ziarah. Tup-tup, habis kelas, mereka buat kejutan (surprise) untuk seorang budak lelaki yang dilahirkan pada bulan Jun XXXX. Kelas kami dulu-dulu (sebelum COVID), setiap bulan buat majlis hari lahir. Untuk eratkan persaudaraan sesama ahli kelas. Sebab bila buat makan-makan, barulah ramai yang hadir kan.. ehehe… Kalau kelas biasa, muka sama tu jugak la.

Siap ada hadiah kejutan lagi.. Sepatutnya tanya dulu nak hadiah apa, bukan terus bagi kejutan. Syukur budak lelaki tersebut tak ada sakit jantung. Alhamdulillah.

Ambe mewakili budak lelaki tersebut ucapkan terima kasih kepada para plajar mualaf yang meraikan dan meramaikan majlis tersebut. In shaa Allah kita buat lagi selepas ini. Hehehe.

Macam biasa, untuk versi alam maya, pelajar-pelajar mualaf ambe terpaksa dicover guna filter twirl.