2024.06.05 – Berbudi Pada Tanah

2024.06.05
Berbudi Pada Tanah

Bersama Ahli Kelab Kebuniti, Abg Shaari, Abg Hairi dan Abg Din.

Nampak macam baru balik umrah kan… Alhamdulillah.. Hehehe.

Petang ni, ambe join sekaki bersama dengan geng kelab Kebuniti taman ambe. Alhamdulillah, proses sodok dan ratakan tanah berjalan lancar. Jadi, petang ni kami nak mulakan tanaman pertama, iaitu pokok kelapa. Tak berani nak tanam musang king, lain jadinya nanti. Hahaha.

Tanah depan rumah ambe ni, kalau ikut peta asal, tapak sekolah untuk JAIS. Cuma tak tahu bila nak mulakan projek. Yang bermula hanyalah hutan tebal sahaja. Pihak persatuan taman, Alhamdulillah, tiap tahun minta peruntukan dari Ahli Majlis untuk sodok dan ratakan hutan. Alhamdulillah, lulus. Terima kasih Ahli Majlis pada sesi tersebut. Tapi, lepas sodok dan rata.. tetap tak buat apa. Pokok dan lalang tumbuh balik.

Abang Hairi dengan semangat lepas pencen dari FAMA, lama dah duk sebut dan ajak untuk join projek kebuniti dia ni. Ambe, memang nak join sebab memang depan rumah kita kan. Cuma, memang ambe kena explain kat abang Hairi, poket ambe tak berapa nak tebal. Nanti ambe cari sponsorship lah kot-kot ada nak melabur (in shaa Allah tak melebur) dalam projek kebuniti ni. Ambe join, dengan niat untuk memakmurkan tanah dan juga untuk kasi terang. Takde lah risau ular ke, babi ke…

Antara pokok cadangan untuk tanaman awal ni, kelapa, pisang, serai, limau kasturi dan sebagainya.

Jangka hayat projek ini bergantung kepada pemilik tanah ini sendiri lah.. hehe.. In shaa Allah, kami tak akan tanam ketum atau musang king. Projek ini kami minta izin dari pemilik tanah. Untuk pihak PBT, in shaa Allah dalam proses. Cuma memang kami pesan siap-siap, jaga kebersihan kawasan projek ini.

Nak join?
Nak melabur?