2024.06.01 – Paksa anak beli jersi Chelsea.. Haha

2024.06.01
Beli jersi Chelsea

Bila datang Thailand ni, antara jadi sasaran selain makan, adalah nak cari jersi. Sebenarnya tak berminat sebab fulusnya nipis sahaja. Tapi tak salah kalau mencuba kan. Hehehe..

Lepas makan-makan kat Floating Market, jalan-jalan la dalam kawasan tu. Belek-belek, tengok-tengok. Sebab semua gerai tengah sibuk nak tutup. Mereka tutup jam 10 rasanya. Tengok ada satu kedai jersi sahaja. Tanya la jersi kebangsaan Thai tapi takde logo Chang. Ada yang warna putih. Tapi size paling pesar pun hanya XXL. Not my size. Beli lah untuk anak-anak. Adam nak baju Adidas biasa, Idris pula nak jersi berseluar. Haha.. Pujuk dia beli jersi Chelsea. Sebenarnya tu jer la jersi yang ada size dia. Hahaha.. Dua helai ฿550 (RM70). Oklah. Ambe ni tak reti nak mujamalah/tawar-menawar/negotiation. Hahaha… Jemmm..

Nanti ambe beli kat shopee jer la jersi Thai tu.

Bila tengok Idris pakai, teringat geng² Thaniah. My housemate, Ijal dan Raeis serta Mat Noh. Kami minat Chelsea dulu sebab Didier Drogba dan Frank Lampard serta Petr Cech. Hahaha…